Ravintsara Essential Oil

Ravintsara Oil  Cinnamomum camphora

Item: 60211041
Saiz: 5 mL 
Harga Runcit: RM 116.00
Harga Borong: RM 87.00
PV: 21
 



Penerangan

Ravintsara, jangan dikelirukan dengan Ravensara, ia disumber daripada daun-daun Cinnamomum camphora dan ia menawarkan kegunaan dan kebaikan yang berbagai-bagai. Walaupun Ravintsara dan Ravensara tergolong dalam keluarga Lauraceae, Ravintsara adalah lebih lembut dan lebih mirip dengan Eucalyptus dan Camphor. Ravintsara merupakan penyegar udara yang berkesan. Apabila diguna bersama minyak esensial Roman Chamomile, Copaiba, Eucalyptus, atau Rosemary, Ravintsara boleh menyegarkan udara.

Penggunaan

  • Sebar di dalam bilik untuk mewujudkan aroma segar dan herba.
  • Cairkan dengan minyak pembawa untuk digunakan dalam urutan yang santai.
  • Tambahkan satu hingga dua titis untuk menikmati mandian garam Epsom yang menenangkan.
  • Tambahkan beberapa titis minyak esensial dengan air ke dalam botol penyembur. Sembur pada permukaan atau tangan.

Arahan Penggunaan 

Semburan: Guna tiga hingga empat titis di dalam alat penyebar pilihan anda.
Penggunaan topikal: Sapu satu hingga dua titis ke kawasan yang diingini. Cairkan dengan minyak pembawa untuk mengurangkan sebarang sensitiviti kulit. Lihat langkah berjaga-jaga di bawah. 

Langkah Berjaga-jaga

Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.&

Manfaat Utama

  • Membersihkan persekitaran.
  • Pembersih permukaan yang baik.
  • Membantu dalam amalan meditasi.

Gambaran Aromatik

Segar, seperti tanah, berkayu, dan seperti lada hitam

Kaedah Pengumpulan

Penyulingan Stim

Bahagian Tumbuhan

Daun

Komponen Kimia Utama

Eucalyptol, Sabinene, α-terpineol

Maklumat lanjut

PIP

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda