Mengapa dōTERRA?


Apabila anda memilih doTERRA, anda sedang memilih minyak esensial yang di suling secara lembut dan berhatihati daripada tumbuhan yang telah di tuai dengan sabar dengan masa yang sempurna oleh petani berpengalaman seluruh dunia untuk pati dengan keberkesanan dan komposisi yang terbaik.

Setiap minyak esensial doTERRA juga diuji dengan berhatihati dan teliti menggunakan protokol kualiti CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® yang tegas. Pengguna minyak esensial berpengalaman akan mengenali piawai kualiti yang bagus dengan pantas kerana minyak esensial doTERRA selamat secara semula jadi berkesan secara tulen dan bergred terapeutik.

Selain terdapat sains di dalam penyulingan minyak esensial, seni juga boleh dijumpai. Penyuling bukan sahaja bersandarkan pada pengalaman bertahun-tahun, malah mereka menggunakan teknologi dan teknik moden.

Metod paling biasa digunakan untuk mengeluarkan minyak esensial adalah proses penyulingan stim dengan haba rendah. Di dalam proses ini, stim yang telah diberi tekanan bergerak melalui bahan tumbuhan. Minyak esensial dikeluarkan daripada tumbuhan dan dibawa oleh stim. Apabila stim disejukkan, air dan minyak akan terasing secara semula jadi dan minyak akan diambil. Untuk memastikan pati minyak berkualiti paling tinggi dengan komposisi bahan kimia yang betul, suhu dan tekanan mesti dikawal dengan rapi. Haba atau tekanan yang terlalu sedikit dan minyak yang tidak dikeluarkan; terlalu banyak, dan komposisi serta kepekatan minyak akan terjejas.

Penyulingan Stim

Penyulingan stim merupakan cara paling kerap digunakan untuk mengeluarkan kompaun aromatik (minyak esensial) daripada tumbuhan. Semasa proses penyulingan stim, stim melalui bahan tumbuhan. Kombinasi stim yang panas dan tekanan lembut menyebabkan minyak esensial dikeluarkan daripada kantung perlindungan mikroskopik. Apabila campuran wap bergerak melalui kondenser dan sejuk, ia akan menghasilkan lapisan minyak dan lapisan air. Minyak esensial naik ke atas dan diasingkan daripada hidrosol (air bunga) dan diambil.

Ada yang bertanya tentang perbezaan antara penyulingan pertama berbanding untuk menyelesaikan penyulingan. Suhu bagi penyulingan stim adalah antara 140–212 darjah Fahrenheit. Disebabkan setiap tumbuhan memerlukan tekanan, masa, dan suhu, menggunakan metod penyulingan ini memudahkan untuk mengawal suhu berdasarkan jenis tumbuhan, menjadikan ia sangat berkesan dan cara yang tepat untuk mendapatkan kompaun yang tulen.

Pengekstrakan

Tidak seperti penyulingan stim, pengekstrakan, kadang kala dirujuk sebagai “cold pressed,” tidak terlibat dengan suhu. Di dalam proses ini, minyak dikeluarkan daripada produk dengan tekanan mekanikal ringan. doTERRA menggunakan pengekstrakan untuk mengeluarkan semua minyak sitrus, seperti Wild Orange, Lemon, Lime, Bergamot, dan Grapefruit, daripada kulit.

Penyulingan yang betul, memerlukan pertimbangan untuk keunikan tekanan, suhu, masa, dan tempat menuai, setiap satunya banyak seperti tumbuhan itu sendiri. Proses penyulingan yang tidak bagus boleh mengubah atau merosakkan kompaun aromatik diperlukan yang terdiri daripada minyak esensial, meninggalkan bahan jauh berbeza daripada matlamat yang di inginkan dan sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk menyokong kesihatan dan kebaikan. Oleh sebab itu, tukang penyulingan terbaik memberikan usaha dan hasil kerja mereka untuk beberapa tumbuhan terpilih. Usaha memajukan pengalaman dan pengetahuan yang betul ini diberi tumpuan akan membantu memastikan minyak dan bahan kimia tumbuhan dan cara penyulingan sepadan.

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda