Eksekutif


David Stirling

Eksekutif Pengasas, Pengerusi & CEO

Bayangkan dunia pada 12 tahun yang lalu ketika manfaat minyak esensial tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan akses untuk mendapat minyak tulen adalah terhad. Pada masa itu, jiwa dan pemikiran tujuh individu yang berkelayakan bersatu di bawah pimpinan David Stirling yang berwawasan untuk membentuk organisasi unik yang disebut doTERRA. Sekarang, ambil masa sebentar untuk melihat kemajuan luar biasa dalam pengembangan global dan pelbagai peluang kerana doTERRA diakui sebagai peneraju global dalam industri minyak esensial bernilai lapan bilion dolar. Semasa David terus memimpin doTERRA sebagai CEO, kemampuan semula jadi beliau untuk memacu pertumbuhan global yang belum pernah terjadi sebelumnya, termasuk pembukaan pasaran baharu, dan Co-Impact Sourcing yang benar-benar menakjubkan, telah memberi manfaat kepada seluruh keluarga doTERRA. Walaupun dengan semua pencapaian David, beliau terus meletakkan pertumbuhan dan kemajuan orang sebagai keutamaan pertama kepemimpinan, membimbing orang lain melalui sikap baik dan pemikiran berfokuskan perkhidmatan. Beliau akan memberitahu anda bahawa pencapaian beliau yang terbaik adalah mempunyai ramai kawan yang hebat, pengembaraan yang menarik, dan peluang perkhidmatan yang menakjubkan yang telah dicipta melalui perkembangan dan kejayaan doTERRA untuk seluruh keluarga doTERRA.

David mendorong semua orang dalam keluarga doTERRA untuk bekerjasama, mencari kekuatan dalam perbezaan kami dan ikatan bersama komuniti kami. Apabila kita berhati baik, sabar, dan memberi sokongan, kita akan menjadi lebih berani untuk membantu satu sama lain, maka memberi peluang kepada orang lain untuk berkembang dalam kemampuan, kekuatan, dan kebahagiaan mereka sendiri.


Corey Lindley

Eksekutif Pengasas

Corey telah terlibat dalam sektor penjualan langsung global selama lebih tiga dekad. Beliau pernah tinggal dan bekerja di Hong Kong, Jepun, China, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang rumit. Corey telah bekerja di posisi senior C-level untuk syarikat produk pengguna bernilai lebih dua bilion dolar yang memasarkan produk melalui penjualan langsung - salah satunya adalah doTERRA.

Ciri utama kerjaya profesional Corey adalah dalam membangunkan pasukan yang cekap dan setia. Sepanjang tempoh beliau bertugas di doTERRA, beliau telah mengembangkan rasa sayang dan semangatnya untuk membantu orang lain, ia termasuk pemimpin Syarikat seperti Penasihat Kesihatan, para pengguna, pekerja-pekerja dan mereka yang terlibat dengan doTERRA melalui rangkaian penanam global syarikat yang luas. Corey tidak henti mencari sumber bahan-bahan yang berkualiti, dan juga menjadikan hasratnya dalam membantu orang yang memerlukannya sebagai misi tugas kerjaya beliau.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan dan MBA, dan memulakan karier profesionalnya pada tahun 1987 dengan bekerja di salah sebuah firma perakaunan awam terbesar di dunia sebelum mula bekerja di dunia penjualan langsung pada tahun 1990. Beliau menyukai semua jenis sukan, terutamanya golf, tetapi Corey dengan cepat memberitahu bahawa hobi kegemarannya adalah menemani isterinya yang menakjubkan, Janis, bersama lapan orang anaknya dan keluarga mereka termasuk 20 orang cucu untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.


Emily Wright

Eksekutif Pengasas, Pembangunan Kepimpinan Global

Emily melibatkan diri dalam dunia jualan langsung dan minyak esensial pada akhir 90-an apabila hanya sedikit kesedaran di kalangan masyarakat Amerika Syarikat. Sejak beliau merupakan seorang ibu yang muda, beliau bertekad untuk berkongsi kebaikan minyak esensial apabila beliau mendapati kekuatan minyak esensial dalam membolehkannya meningkatkan tahap kesihatan keluarga. Minatnya dalam kesihatan intuitif dan keinginan untuk membantu orang mendorongnya untuk memahami semua aspek perniagaan yang kompleks ini, dan beliau berjaya menjadi wanita pertama dalam sejarah doTERRA untuk memegang jawatan eksekutif dan menjadi seorang ahli lembaga. Jualan yang telah lama tidak meningkat telah mencapai peningkatan sebanyak tiga kali ganda dalam masa tiga tahun beliau bekerjasama dengan pasukan eksekutif, kakitangan dan ketua bidang yang berbakat untuk melaksanakan visi dan strategi baharu.

Beliau berundur daripada jawatan eksekutifnya pada tahun 2007 kerana nilainya tidak lagi sejajar dengan perkembangan industri minyak esensial. Beliau mengikut hatinya untuk mengeluarkan minyak esensial yang paling tulen yang membawa kepada kelahiran doTERRA pada tahun 2008. Bertekad untuk menyediakan setiap isi rumah dengan minyak esensial yang paling tulen dan berkesan, beliau teramat suka dengan inisiatif-inisiatif Co-Impact Sourcing doTERRA yang boleh memberikan bantuan mampan kepada komuniiti-komuniti kurang berkemampuan.

Pengalaman Emily yang luas dalam aspek pasaran minyak esensial global bergabung dengan minatnya dalam membuka potensi manusia menjadikan beliau calon sesuai dalam mengetuai doTERRA ke arah pembangunan yang baru. Beliau mempunyai bakat semula jadi untuk melihat apa yang mungkin dan berjaya memimpin pasukan korporat yang unggul serta Penasihat Kesihatan dan pelanggan di seluruh dunia untuk merealisasikan satu matlamat yang sama. Beliau suka mencungkil bakat dan membantu mereka mencapai potensi tertinggi mereka.

Kerap dikenali sebagai ahli teras dalam keluarga doTERRA, Emily merupakan seorang pemimpin yang prihatin dan berpengalaman serta merupakan penerima banyak anugerah seperti 30 Women to Watch (2018, Utah Business) dan Pathfinder Award (2018, Women & Business, Salt Lake Chamber). Pencapaian terbesarnya adalah menjadi ibu kepada empat orang anak yang cantik, digelar Mimi oleh dua orang cucu yang comel serta isteri seorang koboi yang rendah diri.   

     


Gregory Cook

Eksekutif Pengasas

Dengan kerjaya yang merangkumi lebih dari 25 tahun dan menetap di empat benua, Greg adalah seorang eksekutif perniagaan yang berpengalaman dengan rangkaian kenalan global yang penting dan amat dipercayai. Sejak permulaan doTERRA, kebolehan unik Greg untuk melihat melampaui batasan dalam kemungkinan baharu telah membantu membimbing sumbangannya sebagai eksekutif pengasas dalam perancangan strategik dan memberi perhatian sepenuh hati sepanjang sejarah perkembangan syarikat yang belum pernah terjadi sebelumnya. Beliau memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan jejak global doTERRA dalam sektor perniagaan dan kebajikan.

Greg telah tinggal di Afrika, Eropah, Amerika Utara, dan terkini di Asia. Beliau dan keluarganya baru-baru ini kembali dari Shanghai, China, di mana beliau beriltizam untuk mengembangkan hubungan dan peluang yang berterusan untuk doTERRA di wilayah China Besar.

Greg mendapat kegembiraan dalam usaha-usaha kemanusiaan dan beliau sering memimpin inisiatif sendiri melalui Healing Hands Foundation® doTERRA untuk membantu meningkatkan kehidupan individu di seluruh dunia. Greg mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Brigham Young. Di samping melancong, memancing, membaca, dan mengikuti peristiwa terkini, beliau berasa paling gembira meluangkan masa bersama isterinya, Julie, dan lima orang anak mereka.


Dr. David Hill

Eksekutif Pengasas, Ketua Penasihat Sains & Penjagaan Kesihatan

Ia amat sukar untuk mencari seorang Penasihat Kesihatan doTERRA yang aktif yang tidak mengenali dan mengagumi Dr. Hill. Kombinasi kebolehan semula jadi beliau yang jarang ditemui untuk mendengar, menyayangi, dan mengajar diperkaya dengan pemahaman dan pengetahuan yang luas tentang minyak esensial tulen dan bagaimana ia secara kolektif dan bebas menawarkan penyelesaian untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup. Sebagai seorang eksekutif pengasas, Dr. Hill telah membimbing ribuan Penasihat Kesihatan sepanjang sejarah doTERRA, beliau telah membantu memupuk budaya unik yang wujud dalam organisasi. Sebagai seorang pakar terkemuka dalam minyak esensial di doTERRA, beliau mencabar pasukannya hanya untuk mencari ramuan botani berkualiti tinggi dan menyediakan piawaian keselamatan yang unggul. Beliau berkongsi pengetahuannya secara terbuka untuk memperkasakan semua orang untuk menggunakan hadiah bumi ini dan terus mencari produk baharu dan menarik untuk pasaran.

Dr. Hill mendorong komuniti perubatan untuk melihat pilihan tambahan apabila merawat pesakit untuk mendorong kesejahteraan hidup. Beliau mengharapkan pada masa depan, minyak esensial dapat digunakan seiring dengan perubatan moden dalam rawatan pesakit supaya pesakit dapat memilih dan menentukan penjagaan kesihatan mereka. Sementara menunggu waktu itu tiba, beliau akan terus berganding bahu dengan komuniti perubatan untuk melakukan kajian dan percubaan saintifik minyak esensial dalam perubatan moden.


Robert Young

Eksekutif Pengasas

Apabila kumpulan yang akan melancarkan doTERRA mulai terbentuk, terdapat seorang pakar industri pemasaran dan komunikasi korporat yang profesional telah direkrut untuk mengembangkan dan memberi tawaran baharu. Sejak awal lagi, Rob telah membantu mewujudkan doTERRA sebagai sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta meneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi Global dan Minyak Esensial. Pengalaman beliau dalam produk pengguna selama 25 tahun yang digabungkan dengan gerak hati dan kecerdasan minda telah mendorong beliau untuk menjadi pemimpin eksekutif, rakan strategik, dan orang yang disenangi ramai. Kepakaran Rob dalam penjagaan kulit, penjagaan diri, produk pengguna isi rumah, dan membangun serta memasarkan produk dan program kesihatan pemakanan adalah sangat meluas dan mendalam, sehingga orang lain sering mencari beliau untuk mencari jalan penyelesaian. Rob mempunyai jiwa yang besar dan sering mencari cara untuk membantu orang lain yang memerlukan melalui inisiatif Co-Impact Sourcing doTERRA dan doTERRA Healing Hands Foundation®. Rob dan isterinya Debbie mempunyai lima orang anak dan merupakan datuk dan nenek kepada cucu pertama mereka.


Mark Wolfert

Eksekutif Pengasas

Sebagai salah seorang eksekutif pengasas dan penasihat umum doTERRA, Mark memainkan peranan penting dalam dekad yang lepas untuk mencapai produk tulen, amalan perniagaan, niat - dan yang paling penting, cinta murni kemanusiaan. Semasa memimpin dengan fikiran yang tajam dan baik hati, Mark telah membimbing ribuan pekerja doTERRA dan Penasihat Kesihatan keluar daripada zon selesa mereka untuk memberi perkhidmatan kepada orang lain. Sebagai pengasas eksekutif yang mengawasi doTERRA Healing Hands Foundation, beliau menyelia misi memperkasakan orang dan masyarakat di seluruh dunia untuk membuat perubahan positif dan lestari serta menjadi berdikari. Pada tahun ini, ketika Yayasan meraikan Ulang Tahun ke-10, pengaruh dan kerja Mark dapat dilihat di seluruh dunia dalam memerangi perdagangan manusia, mengakses air bersih dan penjagaan kesihatan, menyokong anak-anak, memperkasa wanita, bertindak balas terhadap bencana alam, dan membimbing kemandirian sambil menyediakan pinjaman mikro. Mark selalu teruja untuk menyokong Penasihat Kesihatan yang mencari jalan untuk terlibat dalam kebajikan komuniti mereka melalui projek rakan doTERRA Healing Hands.

Mark dan isterinya, Carol, adalah ibu bapa kepada lima anak yang berkongsi minat beliau untuk membantu dan mendorong orang lain untuk menjadi diri mereka yang terbaik.


Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda