Panel Penasihat Perubatan


Dr. David Hill

Pengasas Eksekutif, Sains dan Kesihatan

Di seluruh dunia sukar untuk mencari Penasihat Kesihatan doTERRA yang aktif yang tidak mengenali dan mengagumi Dr. Hill. Kombinasi kebolehan semula jadi beliau yang jarang ditemui untuk mendengar, menyayangi, dan mengajar diperkaya dengan pemahaman dan pengetahuan yang luas tentang minyak esensial tulen dan bagaimana ia secara kolektif dan bebas menawarkan penyelesaian untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup. Sebagai seorang eksekutif pengasas, Dr. Hill telah membimbing ribuan Penasihat Kesihatan sepanjang sejarah doTERRA, beliau telah membantu memupuk budaya unik yang wujud dalam organisasi. Sebagai seorang pakar terkemuka dalam minyak esensial di doTERRA, beliau mencabar pasukannya hanya untuk mencari ramuan botani berkualiti tinggi dan menyediakan piawaian keselamatan yang unggul. Beliau berkongsi pengetahuannya secara terbuka untuk memperkasakan semua orang untuk menggunakan hadiah bumi ini dan terus mencari produk baharu dan menarik untuk pasaran.

Dr. Hill mendorong komuniti perubatan untuk melihat pilihan tambahan apabila merawat pesakit untuk mendorong kesejahteraan hidup. Beliau mengharapkan pada masa depan, minyak esensial dapat digunakan seiring dengan perubatan moden dalam rawatan pesakit supaya pesakit dapat memilih dan menentukan penjagaan kesihatan mereka. Sementara menunggu waktu itu tiba, beliau akan terus berganding bahu dengan komuniti perubatan untuk melakukan kajian dan percubaan saintifik minyak esensial dalam perubatan moden.


Dr. Paul Winterton, MD

Paul W. Winterton merupakan Board Certified Orthopedic Surgeon. Dia mendapat ijazah perubatan di Harvard Medical School pada tahun 1993 dan menamatkan Orthopedic Surgical Residency di Mayo Clinic pada tahun 1998. Selepas residensi, dia menghabiskan dua fellowship di The Institute For Bone and Joint Disorders dalam pembedahan/ubatan sukan dalam konstruktif semula lutut dan bahu, dan juga pembinaan semula kaki dan buku lali di Phoenix, Arizona.

Kini, Dr. Winterton berkhidmat sebagai Board of Councilors untuk The American Academy of Orthopedic Surgeons. Untuk beberapa tahun dia telah menganjurkan integrasi dan penggunaan praktikal minyak esensial dalam amalannya. Sebagai ahli Scientific Advisory Board untuk dōTERRA, dia kini sedang membuat penyelidikan sains asas, biologi sel, dan penggunaan klinikal minyak esensial. Dia merupakan penyokong kuat penggunaan praktikal minyak esensial dan suplemen pemakanan di rumah, dan juga dalam persekitaran klinik perubatan tradisional barat, secara khususnya melibatkan kesihatan tulang dan sendi.


Dr. David Steuer, DMD, MS, MMsC

Dr. David Steuer adalah graduan Honors dalam Latin Studies dan Chemistry dari BYU, dan Magna Cum Laude dari UofL Dental School. Dia kemudian belajar di Harvard Medical/Dental School dan MIT untuk latihannya di Oral Surgery and Endodontics, di mana dia tamat belajar dalam 3 tahun dengan kepujian. Dia juga menamatkan praktikal pembedahan dengan kerjasama University of Penn, dan Oxford, di Austria, di KLH hospital di Graz.

Dia merupakan pengasas dan Managing Partner Steuer Management LLC, dan Luminescent Capital Partners, LLC. Dr. Steuer berkhidmat kepada Board of Directors of Hemametrics Corporation, syarikat penyelidikan dan produk perubatan, dimiliki oleh Fresenious Medical Care. Kini terlibat dalam The Board of TransQ Analytics, penentuan analisis darah bukan invasif, dan Board of the Health Science and Technology of the University of Southern Maine, Medical School. Dr. Steuer terlibat secara aktif dalam menyelidik jalan baru untuk menggabungkan minyak esensial ke dalam amalannya.


Dr. James Geiger, MD

Dr. Geiger telah menjadi ahli anestesiologi sejak tahun 1986. Dia telah menamatkan pelajaran daripada University of San Francisco dan bekerja di hospital San Francisco melakukan anestetik jantung untuk ayahnya yang sudah bersara daripada menjadi pakar bedah kardiotorasik.

Dr. Geiger juga telah menjadi ahli aromaterapi semenjak tahun 2004 dan di dalam bilik pemulihan semula hospital yang dia sedari jururawat menggunakan minyak esensial dan aromaterapi untuk mengelakkan dan merawat loya selepas pembedahan. Doktor yang rajin ini tertarik dan mula mengkaji literatur saintifik tentang subjek ini. Dia kemudian menyedari bahawa sains, seperti anatomi, fisiologi dan penggunaan kimia dalam aromaterapi, sama seperti anestesia. Dia bersungguh-sungguh untuk mengetahui bagaimana untuk mengintegrasikan aromaterapi dengan selamat ke dalam hidupnya dan hidup orang lain, termasuk pesakit bilik bedah.


Dr. Joshua Yorgason, MD

Dr. Yorgason, orang asal Salt Lake City, Utah, merupakan seorang pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Dia telah mendapat ijazah perubatan di Columbia University di New York, dan membuat residensi di University of Utah. Dia telah terlibat dalam penyelidikan toksik dadah dan pemulihan pendengaran di Los Angeles iaitu di House Ear Institute, dan di University of Utah. Dia mendapat latihan fellowship lanjut dalam pembedahan telinga di University of Minnesota, dan kini bekerja di Bismarck, North Dakota untuk Sanford Health sebagai pakar bedah implan koklear dan ahli pakar pendengaran dan pengimbang.


Dr. Jessica L.M. Herzog, MD, FAAP, ABHIM

Dr. Herzog merupakan doktor dan ahli pediatrik lembaga bertauliah Holistic Integrative Medicine yang menumpukan pada kesihatan sebenar. Dia kini bekerja di York, PA dan tinggal bersama dengan suami dan tiga orang anaknya di Baltimore County, Maryland. Dia mendapat ijazah perubatan, dan residensi pediatrik di University of Maryland. Semasa belajar, dia terlibat dalam penyelidikan di NIH dan di University of Maryland, dan walaupun dia cintakan sains asas, dia menemui cintanya yang sebenar di tepi katil bayi dan kanak-kanak yang sakit. Dia telah bekerja di hospital pediatrik di Maryland, Utah, dan Pennsylvania. Kesejahteraan merupakan gaya hidup yang dia tunjukkan dan mengajar keluarga, rakan-rakan dan keluarga mereka, pelajar perubatan, doktor-doktor dan rakan sekerja. Dia pengguna harian minyak esensial dōTERRA. Dia percaya bahawa minyak esensial merupakan keajaiban moden dalam perubatan yang akan terus membentuk penjagaan kesihatan seluruh dunia.


Dr. Brannick Riggs, MD

Dr. Brannick Riggs telah menjadi doktor selama 13 tahun. Pada tahun 2001, dia telah menamatkan pelajaran dari University of Arizona College of Medicine di Tucson ketika menjalani latihan dalam perubatan pelengkap dan alternatif. Dia pakar dalam perubatan Keluarga dan merupakan ahli American Academy of Family Physicians. Dia kini bekerja di Utah dan seronok menggunakan minyak esensial di rumah dan memasukkannya ke dalam latihan untuk memberkati kehidupan pesakitnya. Dr. Riggs kini bekerjasama dengan doTERRA dalam usaha untuk memberikan khidmat sukarela dengan minyak esensial dan hospis.


Dr. Gregory L. Woodfill, D.O.

Dr. Gregory L. Woodfill merupakan lembaga bertauliah Obstetrician and Gynecologist. Dia menamatkan latihannya di Michigan State University College of Osteopathic Medicine pada tahun 1997 dan menamatkan residensi di Obstetrics and Gynecology di sana pada tahun 2001. Dr. Woodfill telah dilantik sebagai ketua residen pada 2000– 2001 dan mengajar pelajar perubatan sebagai fakulti klinikal di Michigan State University College of Osteopathic Medicine 1998-2002. Selepas menamatkan residensi, dia membangunkan program kesihatan wanita di Virginia College of Osteopathic Medicine dan berkhidmat sebagai Department Chairman of Obstetrics and Gynecology dari tahun 2001–2008. Sebelum ini dia telah berkhidmat sebagai Department Chairman of Obstetrics and Gynecology di Wythe County Community Hospital dan sebagai Division Chief of Obstetrics and Gynecology di Wilmington Health Associates. Dia kini tinggal di Wilmington, NC, di mana dia menjalani latihan penuh dengan penekanan prosedur pejabat invasif secara minima, laparoskopi dan uroginekologi yang maju. Dia memberikan pendidikan klinikal kepada residen SEAHEC di mana dia dilantik sebagai Professor of the Year di Obstetrics and Gynecology 20142015.

Dr. Woodfill dan isterinya, Ashley, pengasas bersama East Coast Oils (ECO), di mana mereka belajar penggunaan minyak esensial yang selamat dan berkesan dan penyelidikan langsung untuk kemajuan minyak esensial dalam penetapan penjagaan kesihatan profesional dan kegunaan rumah. Dia memberikan pendidikan kepada pembekal penjagaan kesihatan Wellness Advocates seluruh US.


Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda