Video disabled by your privacy settings

Kisah Kami


Diasaskan pada tahun 2008, doTERRA dibina dengan misi untuk berkongsi minyak esensial bergred terapeutik dengan dunia. Dengan melihat sendiri manfaat yang menakjubkan diperolehi daripada sumber berharga ini, sekumpulan peniaga dan penjaga kesihatan profesional bekerjasama untuk menjadikan misi ini sebuah realiti. Mereka membentuk sebuah syarikat yang diberi nama doTERRA, sebuah perkataan Latin yang bermaksud “Anugerah Bumi.” 

Halangan pertama yang perlu diatasi, walau bagaimana pun, adalah untuk menubuhkan kualiti standard di dalam sebuah industri yang tidak pernah ada sebelum ini. Tidak cukup jika hanya melengkapi rumah-rumah dengan minyak esensial di seluruh dunia; pengasas doTERRA komited dalam menyediakan hanya minyak esensial berkualiti paling tinggi dan paling tulen agar keluarga mengetahui dengan pasti untuk memberikan kesihatan dan kebaikan kepada orang yang tersayang. Komitmen ini menuju kepada penciptaan kualiti terapeutik piawai baru: CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®.
 
Untuk mencapai visi yang besar seperti membawa minyak esensial ke mata dunia memerlukan sekumpulan ahli yang berdedikasi. Kumpulan ini perlu terdiri daripada mereka yang berdedikasi pada kerja keras, komitmen, keghairahan, dan visi. Kumpulan itu berkembang sejak penubuhan awalnya, tetapi misi kekal sama – untuk memberikan minyak esensial yang bagus kepada semua orang dari orang yang baru kepada pakar, dan boleh digunakan dengan selamat pada orang yang tersayang. 
 
Berkongsi minyak esensial merupakan pengalaman yang unik, dan pengasas doTERRA mengakui bahawa model jualan yang unik amat diperlukan. Bagi memudahkan mengalami minyak esensial secara peribadi, doTERRA menggunakan model jualan langsung yang membenarkan pengedar untuk bekerja dengan pelanggan bertentangan dengan pemasaran besar-besaran.  Pendekatan lebih individu ini membenarkan individu untuk mengalami kuasa minyak esensial yang menakjubkan di samping membina hubungan yang penuh kepercayaan. Modal ini juga mencipta peluang kepada individu dan keluarga untuk mencapai impian mereka untuk kebebasan kewangan.  Lebih daripada 2 juta Wellness Advocates, kini menggunakan dan menjual produk doTERRA di seluruh dunia. 
 
Tawaran pertama minyak esensial termasuk 25 minyak tunggal dan 10 minyak campuran dan diperkenalkan pada 25 April 2008. Semenjak itu, tawaran produk doTERRA telah menambah lebih banyak minyak tunggal dan juga minyak campuran serta produk kehidupan yang sihat, berkhasiat dan spa berasaskan teknologi minyak esensial dan prinsip kesihatan yang komprehensif. Pastinya, tawaran ini tidak akan menjadi tanpa tukang dan penyuling Global Botanical Network. Disebabkan doTERRA telah menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai di dalam industri minyak esensial, ia juga boleh membantu komuniti memperbaiki ekonomi masa hadapan mereka sendiri melalui model Co-Impact Sourcing® dan doTERRA Healing Hands Foundation.
 

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda