Video disabled by your privacy settings

Apa itu minyak esensial?


Apa itu minyak esensial?

Jika anda pernah menikmati haruman bunga mawar, ini bermakna anda sudah pun mengetahui tentang kualiti aromatik minyak esensial. Kompaun aromatik volatil yang semula jadi ini ditemui pada benih, tangkai, akar, bunga serta bahagian-bahagian lain tumbuhan. Potensi keharuman Minyak-minyak esensial boleh menjadi sangat wangi.amat tinggi. Minyak esensial memberikan bau yang tersendiri kepada tumbuhan, ia melindungi tumbuhan dan juga memainkan peranan dalam pendebungaan tumbuhan. Minyak esensial bukan sahaja memberi manfaat intrinsik kepada tumbuhan dan wangiannya yang mengharumkan, minyak esensial juga sudah lama digunakan dalam rawatan kecantikan dan amalan penjagaan kesihatan.

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya kompaun aromatik volatil yang disebutkan sebelum ini? Secara ringkasnya, kompaun ini merupakan molekul organik kecil yang cenderung untuk berubah dengan pantas daripada bentuk pepejal kepada cecair, dan kepada bentuk gas di suhu bilik. Mereka digelar volatil kerana mereka berubah bentuk dengan pantas. Apabila anda membuka penutup botol minyak esensial buat pertama kali, anda akan dapat menghidu bau aroma yang kuat dan anda masihia boleh menghidu baunyadihidu dari jarak yang agak jauh. Bahan kimia dan fizikal kompaun aromatik volatil yang menghasilkan minyak esensial membenarkan mereka untuk bergerak pantas dalam udara dan berinteraksi secara langsung dengan deria bau dalam hidung. Dengan adanya sifat yang unik sebegini, minyak esensial menjadi perkara yang tidak asing lagi dalam aromaterapi – menggunakan kompaun daripada tumbuhan untuk mengekalkan tubuh badan dan minda yang sihat – dan serta juga untuk kegunaan lain.

Terdapat lebih daripada 3000 pilihan kompaun aromatik volatil telah dikenalpasti sehingga ke hari ini. Sifat minyak esensial berubah dari satu tumbuhan ke tumbuhan lain, dalam keluarga botani, dan dari satu spesies ke satu spesies. Nisbah bahagian aromatik yang halus dijumpai di dalam minyak esensial yang menjadikannya unik dan mempunyai manfaat spesifik.

Komposisi minyak esensial yang asli juga bergantung kepada masa hari, musim, lokasi geografi, metod, dan tempoh penyulingan, tahun ditanam, dan cuaca, menjadikan setiap proses pengeluaran merupakan penentu kritikal terhadap kualiti keseluruhan produk minyak esensial.

Minyak esensial boleh digunakan untuk pelbagai penjagaan kesihatan fizikal dan emosi. Penggunaan minyak esensial boleh digunakan sebagai satu atau pun dicampur secara kompleks untuk mendapatkan manfaat yang dimahukan dan pengalaman pengguna. Mahu belajar bagaimana untuk menggunakan minyak esensial? Layari laman penggunaan minyak esensial kami untuk mempelajari cara menggunakan minyak esensial doTERRA dengan selamat.

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda