Produk Tumpuan: Minyak Peppermint


Deskripsi Produk Minyak Peppermint 
 
Tumbuhan peppermint adalah herba perennial serbaguna yang disukai sejak zaman purba. Tumbuhan tersebut mula dikenali sekitar tahun 1000 SM apabila daun peppermint kering ditemui di piramid Mesir kuno. Di  sepanjang zaman, herba ini telah dinilai sebagai tumbuhan serbaguna dan merupakan minyak esensial yang komponennya kini digunakan dalam industri kosmetik, kulinari, dan kesihatan di seluruh dunia.  
 
Cara untuk mendapatkan Minyak Peppermint 
 
Untuk membeli sebotol minyak Peppermint tulen, lawati laman produk minyak esensial Peppermint kami. 
 
Kebanyakan minyak esensial yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pengisi dan pencemaran yang mengurangkan ketulenan dan keberkesanan minyak tersebut. Walau bagaimanapun, di doTERRA, kami mengetahui bahawa sebotol minyak esensial yang tulen berpotensi untuk mengubah kehidupan; sebab itulah misi doTERRA adalah untuk menghasilkan minyak esensial yang sangat berkesan dan bebas daripada bahan tambahan dan pencemaran yang berbahaya. Kami memastikan ketulenan minyak esensial melalui protokol kualiti CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini merangkumi satu siri ujian ketat yang memastikan minyak esensial yang kami jual adalah bebas daripada bahan pengisi atau pencemaran—menjadikan minyak esensial doTERRA yang anda beli berkesan dan tulen. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Peppermint 
 
  1. Mencari sesuatu yang berkesan dan semula jadi untuk menyegarkan nafas anda? Campurkan setitis minyak Pepepermint dengan setitis minyak esensial Lemon ke dalam air, dan berkumur dengannya untuk menghasilkan nafas yang segar. Salah satu ramuan utama ubat kumur ini adalah menthol yang terdapat dalam Peppermint. Menthol telah digunakan berabad lamanya kerana kebolehannya untuk membersihkan dan menyegarkan. Apabila anda menambahkan setitis minyak Peppermint ke dalam ubat kumur anda, menthol akan memberikan kesegaran dan rasa pudina. Disebabkan elemen yang kuat dan segar ini, Peppermint banyak didapati di dalam produk kesihatan mulut. Apabila menggunakan ubat kumur Peppermint, anda akan mengalami perasaan yang menyenangkan dan menyejukkan, dan anda akan berasa lebih yakin disebabkan nafas anda yang segar. 
     
  2. Peppermint boleh digunakan secara aromatik untuk menghidupkan rasa dan meningkatkan rasa bertenaga. Minyak yang berkuasa ini sahaja mempunyai banyak faedah, apatah lagi apabila anda menggabungkan minyak esensial yang betul kepada Peppermint, anda akan mendapat pelbagai hasil yang lebih baik. Cuba letakkan setitis minyak Peppermint di telapak tangan anda, tambahkan setitis minyak esensial Wild Orange dan setitis minyak esensial Frankincense, dan hidu baunya. Resepi aromatik yang mudah ini adalah sempurna untuk menyegarkan anda di waktu tengahari.  
     
  3. Mencari cara yang tahan lama untuk menghidu aroma manis dan pudina minyak Peppermint? Gunakan campuran sebaran yang mudah dan menyegarkan ini dan nikmati aroma yang segar ini di rumah, pejabat, bilik darjah, gim, atau di mana sahaja anda berada. Untuk menghasilkan campuran ini, campurkan 2 titis Peppermint, 3 titis Grapefruit, dan 2 titis Sandalwood ke dalam alat penyebar. 
     
  4. Komponen yang menenangkan dalam minyak Peppermint menjadikannya minyak yang sesuai untuk urutan. Cuba tambah Peppermint untuk pengalaman mengurut anda dan nikmati rasa penyejukan yang menyenangkan yang dibawa ke kulit anda sambil menikmati aroma manis dan santai. Kombinasi minyak urutan yang hebat untuk Peppermint ialah Lavender. Gabungan ini akan menghasilkan perasaan menenangkan secara optimum pada mana-mana tempat urutan. Anda juga boleh mencuba menambah minyak esensial Peppermint untuk syampu atau perapi anda untuk urutan rambut yang merangsangkan dan memanjakan kulit kepala anda. 
     
  5. Mencari cara untuk menghalau nyamuk, serangga dan labah-labah di rumah anda? Mujurlah, minyak Peppermint menyediakan penyelesaian yang sempurna untuk menjauhkan serangga merangkak yang menyeramkan. Banyak serangga dan labah-labah tidak menyukai bau kuat Peppermint, oleh itu, minyak esensial Peppermint digunakan sebagai penawar di rumah untuk menghalau serangga secara semula jadi. Cuba letakkan 1-3 titisan minyak esensial pada bola kapas dan letakkannya di sudut bilik mandi, bilik tidur, dapur, bilik dobi, atau di mana sahaja anda menganggap tetamu yang tidak diingini ini berada. 
     
  6. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali mempunyai masalah untuk berjaga semasa mesyuarat yang panjang atau ingin kaedah yang semulajadi untuk berjaga, minyak Peppermint yang digunakan secara topikal dan secara aromatik boleh membantu. Ini adalah kerana kesan menyegarkan dan menyejukkan minyak Peppermint yang tulen dihasilkan apabila ia bersentuhan dengan kulit, Peppermint adalah minyak yang ideal untuk mengekalkan tumpuan dan kesedaran. Untuk membuat rangsangan tambahan, letakkan 1-2 titis Peppermint pada hujung jari anda dan kemudian letakkan hujung jari anda di pelipis dan gosokkannya. Ini akan membantu anda berada dalam keadaan berjaga semulajadi yang anda inginkan apabila anda memerlukannya. 
 
Fakta Menarik 
 
Nama saintifik Peppermint ialah Mentha piperita. Dalam Mitos Yunani kuno, Minthe (juga dikenali sebagai Mentha), adalah seorang gadis cantik yang telah ditukar oleh Permaisuri Persephone menjadi pudina yang wangi. 
 
Deskripsi Tumbuhan 
 
Tumbuhan peppermint adalah hibrid kepada tumbuhan water mint dan spearmint. Herba yang menyejukkan dan menenangkan ini mempunyai ciri-ciri seperti dahannya berbentuk segi empat, daun berwarna hijau gelap, dan tandan kecil bunga lavender lembut. Tumbuhan peppermint boleh membesar sehingga 18-36 inci tinggi dan boleh didapati di pelbagai kawasan yang berbeza. Peppermint tumbuh subur di kawasan sungai atau lokasi yang lembap dengan taburan hujan yang tinggi. Oleh kerana ia memerlukan sumber air yang tertentu, Peppermint ditanam di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. 
 
Bahan Kimia Minyak Peppermint 
Komponen Kimia Utama: Menthol, Menthone, 1,8-Cineole 
 
Komponen kimia utama di dalam minyak Peppermint adalah menthol. Menthol mempunyai tulang belakang monoterpene dengan kumpulan berfungsi alkohol. Menthol mengandungi ciri-ciri bertenaga yang menyumbang kepada kesan keseluruhan minyak Peppermint. Menthol dikenali untuk melegakan otot licin yang ada pada kolon/usus besar. * Ciri yang memberi kelegaan ini berlaku kerana keupayaan menthol untuk mengekalkan saluran kalsium berfungsi secara optimum. Menenangkan otot licin kolon yang mengurangkan pergerakan perut, memudahkan kelonggaran usus seketika. 
 
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Peppermint 
 
Minyak Peppermint boleh dikombinasikan dengan minyak esensial Oregano, Marjoram, Geranium, Lavender, Lemon, Rosemary, dan Tea Tree untuk sebaran. 
 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.  
 
Rujukan 
 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda