Hawaiian Sandalwood  Santalum paniculatum

Item: 41861507  
Saiz: 5 mL  
Harga Runcit: RM 444.00
Harga Borong: RM 333.00
PV: 72



Penerangan

Daripada sumber yang boleh diperbaharui di Hawaii, minyak esensial doTERRA Hawaiian Sandalwood yang hebat ini memberi pelbagai manfaat, termasuk melembutkan kulit dan meningkatkan emosi. Dengan penggunaan yang  didokumentasi selama ribuan tahun, minyak ini mempunyai nilai yang tinggi kepada para pengguna. Hawaiian Sandalwood mempunyai aroma yang kaya, manis, berkayu dapat memberi ketenangan dan kebaikan, menjadikannya sempurna untuk digunakan dalam urutan dan aromaterapi. Hawaiian Sandalwood sangat melegakan dan bermanfaat kepada kulit, menjadikannya produk penjagaan kulit dan badan yang dikehendaki ramai. Hawaiian Sandalwood membantu mengurangkan penampilan kecelaan kulit serta memastikan kulit muka sentiasa kelihatan muda. Selain daripada menenangkan dan bermanfaat kepada kulit, Hawaiian Sandalwood menyediakan kesan yang sama kepada emosi, membantu mengurangkan ketegangan dan meningkatkan emosi seseorang.  

Penggunaan

  • Sembur atau sapu pada leher dan bahu sebelum tidur untuk tidur yang nyenyak.  
  • Campur 1-2 titis ke dalam pelembap kegemaran atau krim malam untuk kulit yang lembut dan bersinar.  
  • Campur 1-2 titis ke dalam mandian panas untuk menenang dan mengurangkan ketegangan.  

Arahan Penggunaan

Semburan: Guna tiga hingga empat titis di dalam alat penyebar pilihan anda. 
Penggunaan topikal: Sapukan satu ke dua titis ke tempat yang diingini. Cairkan satu hingga dua titis dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengurangkan sebarang sensitiviti kulit. Lihat langkah berjaga-jaga di bawah.  

Langkah berjaga-jaga

Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.

Manfaat Utama

  • Memberi kulit yang nampak sihat dan lembut. 
  • Mengurangkan kecelaan kulit. 
  • Membangkitkan emosi. 
  • Kerap digunakan dalam meditasi kerana sifatnya yang stabil dan membangkitkan emosi. 

Gambaran Aromatik

Kaya, madu, manis, berkayu

Kaedah Pengumpulan

Penyulingan Stim

Komponen Kimia Utama

α-santalol, ß-santalol, cis-lanceol

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda