Produk Tumpuan: Fractionated Coconut Oil


Penerangan Produk Fractionated Coconut Oil
Saranan doTERRA minyak pembawa semulajadi, Fractionated Coconut Oil, ianya krim emolien yang melembutkan dan menghidratkan kulit yang kering di samping meningkatkan penyebaran minyak esensial. Tidak seperti minyak pembawa dari sayur yang lain, Fractionated Coconut Oil meninggalkan kulit lembut bak sutera dan licin tanpa kesan minyak selepas penggunaan. Fractionated Coconut Oil mudah menyerap masuk ke dalam kulit dan boleh dilarutkan bersama-sama dengan semua jenis minyak esensial. Disebabkan Fractionated Coconut Oil ini tidak mempunyai warna dan bau, ianya sangat bagus untuk dicampur dengan minyak esensial memandangkan campuran tersebut dapat mengawet dan mengekalkan keaslian haruman dan kebaikannya. Minyak pembawa ini juga sangat bagus untuk kulit kering atau kulit bermasalah dan menyediakan lapisan kelegaan tanpa menyebabkan pori-pori tersumbat. Fractionated Coconut Oil perlu digunakan apabila menyapu minyak esensial yang kuat secara topikal untuk mengurangkan sensitiviti kulit.
 
Di manakah untuk Membeli Fractionated Coconut Oil
Untuk membeli Fractionated Coconut Oil, layari laman produk doTERRA Fractionated Coconut Oil.
 
Kegunaan dan Kelebihan Fractionated Coconut Oil
  1. Apabila menggunakan minyak esensial secara topikal, anda boleh mengurangkan jumlah yang anda perlukan dan masih dapat nikmati kelebihan menggunakan Fractionated Coconut Oil. Fractionated Coconut Oil sangat sempurna untuk meningkatkan penyebaran minyak esensial secara topikal. Untuk mendapatkan pati yang sepenuhnya daripada minyak esensial, cairkan satu bahagian minyak esensial kepada lima bahagian atau lebih Fractionated Coconut Oil bergantung kepada tahap sensitiviti kulit, atau seperti yang diarahkan pada label minyak esensial tersebut.
     
  2. Berikan kelicinan, kelembutan bak sutera dan sinaran yang sihat kepada kulit anda apabila anda menyapu doTERRA Fractionated Coconut Oil. Pelembut semulajadi ini diperkaya dengan ciri-ciri penghidratan yang akan membantu melembutkan dan melegakan kulit kering apabila disapu. Untuk meneruskan eksperimen anda, tambahkan satu titis minyak esensial kegemaran anda ke dalam Fractionated Coconut Oil dan ratakan campuran ini pada kulit anda untuk haruman peribadi yang menyegarkan.
     
  3. doTERRA Fractionated Coconut Oil tidak mempunyai warna dan bau. Ciri-ciri ini menjadikan minyak pembawa ini sangat sesuai untuk dicampurkan dengan mana-mana minyak esensial. Fractionated Coconut Oil akan membantu untuk menghidratkan kulit tanpa mengganggu haruman minyak wangi anda atau campuran minyak esensial anda yang lain.
     
  4. Nikmati urutan yang menenangkan dan melegakan dengan Fractionated Coconut Oil. Bukan sahaja minyak pembawa ini akan menghidratkan dan melegakan kulit anda apabila digunakan semasa urutan, malah ia juga dapat membantu anda menghasilkan minyak esensial anda sendiri. Untuk urutan yang ideal, campurkan Fractionated Coconut Oil dengan minyak esensial yang menenangkan dan urutkan kombinasi ini pada leher dan bahu anda untuk ketenangan yang mendalam. Kelikatan Fractionated Coconut Oil ini akan membantu anda untuk kelancaran urutan.
          
  5. Tahukah anda bahawa kaki anda mempunyai pori-pori yang paling banyak berbanding dengan bahagian tubuh badan yang lain? Dengan fakta yang kecil sebegini, anda boleh bayangkan betapa pentingnya untuk anda menjaga kaki anda dengan betul. DIY Foot Mask bersama-sama dengan Fractionated Coconut Oil dan Bergamot Oil adalah cara yang terbaik untuk menjaga kaki anda di samping menghilangkan rekahan-rekahan dan kulit kering pada kaki. Anda pasti akan menyukai hasil kelembutan dan kelegaan tersebut!
     
  6. Bukan sahaja Fractionated Coconut Oil bagus untuk kulit, ia juga bagus untuk rambut. Minyak pembawa ini boleh digunakan untuk pelbagai kebaikan rambut, termasuklah menguruskan rambut yang tidak terurus dan perapi. Untuk mendapatkan perapi rambut yang semulajadi, sapukan Fractionated Coconut Oil semasa rutin basuhan rambut anda. Untuk pengurusan rambut, gunakan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk membantu memisahkan rambut yang kusut dan mengawal kerinting halus yang liar.
     
  7. Kadangkala, pelembap muka boleh memberikan kerosakan daripada kebaikan, menyebabkan pori-pori tersumbat dan lebihan minyak. Gunakan Fractionated Coconut Oil sebagai pelembap muka yang hebat yang akan memberikan kulit anda kelihatan lembut dan licin tanpa menyebabkan pori-pori muka tersumbat atau kulit muka berminyak.Fractionated Coconut Oil juga bagus untuk pelembap muka bagi kulit yang sensitif.
     
Fakta Menarik
Pokok kelapa dikatakan mempunyai lebih banyak kegunaan berbanding dengan pokok-pokok lain di dunia ini. Pokok ini digunakan untuk minuman, makanan, tempat teduhan, atap jerami, topi, bakul, perabot, pakaian, arang batu, alat muzik, syampu dan banyak lagi. ianya boleh dikatakan sebagai penyelamat hidup. Semasa taufan, sesiapa yang mengikatkan dirinya pada pokok tersebut tidak akan disapu ke laut disebabkan oleh sifat fleksibel semulajadi pokok itu.
 
Penerangan Tumbuhan
Pokok kelapa, Cocos nucifera, ialah tanaman saka bagi keluarga Arecaceae. Batang pokok kelapa berkomposisikan tisu gentian dan montok, batang yang bertindih antara satu sama lain dan boleh meninggi sehingga 25 meter. Di atas batang pokok tersebut terdapat daun pinat (Daun majmuk yang mempunyai anak-anak daun yang tersusun pada ibu tulang daun) yang boleh mencapai sehingga 4 meter kepanjangannya. Buah bagi pokok ini ialah buah kelapa. doTERRA Fractionated Coconut Oil diekstrak daripada buah pokok tumbuhan ini.
 
Kimia di dalam Fractionated Coconut Oil 
 
Komponen Kimia Utama:
 
Caprylic/capric triglyceride
Komponen kimia utama untuk Fractionated Coconut Oil ialah Caprylic/capric triglyceride.  
 
Langkah berjaga-jaga
Jauhkan daripada kanak-kanak. Sekiranya anda sedang mengandung, menyusu atau di bawah jagaan doktor, dapatkan nasihat pakar anda. Elakkan terkena mata, bahagian dalaman telinga, dan tempat sensitif.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda