Minyak Esensial dan Kanak-kanak


Minyak Esensial dan Kanak-kanak

Disumbangkan oleh Nicole Stevens, MSc

 

Jika anda mempunyai anak, saya yakin anda kerap menerokai cara-cara berkesan di mana minyak dan produk doTERRA boleh menyokong gaya hidup sihat. Mungkin anda agak gementar untuk menggunakan minyak pada anak-anak anda; mungkin anda tidak pasti sama ada ia benar-benar selamat untuk mereka yang lebih muda. Sebagai seorang saintis yang telah mengkaji minyak esensial untuk lebih daripada 15 tahun dan sebagai ibu kepada empat anak yang mengagumkan, izinkan saya memberitahu anda bahawa produk doTERRA boleh menjadi sesuatu yang bagus untuk kanak-kanak. Kami menikmatinya setiap hari di rumah kami. Jika produk-produk tersebut digunakan dengan berhati-hati dan secara rasional, anda boleh meraih semua faedah yang mereka tawarkan dengan selamat.

Jika anda berasa gementar menggunakan minyak esensial pada mereka yang lebih muda, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat:

1. Minyak esensial bukanlah sesuatu yang baharu. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti minyak esensial adalah perkara terbaharu dan terhebat, ia sebenarnya telah digunakan oleh manusia selama beribu tahun. Minyak esensial mengandungi konstituen yang akan diiktiraf oleh sistem badan kita dan dikendalikan dengan sewajarnya. Yakinlah bahawa jika anda menggunakan minyak esensial pada anak anda, anda bukan mencipta sesuatu yang baharu.

2. Kanak-kanak bukanlah orang dewasa yang kecil. Ingat bahawa minyak adalah sesuatu yang mujarab, dan anda hanya memerlukan jumlah yang kecil untuk menikmati keberkesanannya, terutamanya apabila ia melibatkan kanak-kanak. Sedikit sudah mencukupi. Laraskan jumlah sewajarnya.

3. Cairkan. Kulit kanak-kanak adalah berbeza daripada kulit orang dewasa; ia lebih nipis dan secara amnya lebih sensitif. Walaupun kebanyakan minyak cenderung untuk tidak merengsakan kulit (terutamanya di bahagian bawah kaki, di mana kulit paling tebal), ia adalah idea yang bagus untuk mencairkan minyak esensial dalam minyak pembawa yang baik sebelum digunakan pada kanak-kanak. Anda masih akan mendapat manfaat minyak esensial yang sama—anda hanya menambah kelembapan tambahan dan memanjakan kulit kanak-kanak yang halus. Produk-produk doTERRA Touch sangat bagus untuk sebab ini. Mereka adalah kegemaran kami!

4. Sebarkan. Aromaterapi adalah cara terbaik untuk menikmati manfaat minyak esensial tanpa perlu risau tentang reaksi kulit. Minyak yang dihidu telah lama dikaji tentang keupayaan mereka untuk meningkatkan perasaan ketenangan, dorongan, keseronokan, tumpuan, dan kesejahteraan. Selain itu, minyak yang disebarkan mungkin boleh menggalakkan persekitaran dalaman yang lebih sihat. Ini sentiasa menjadi bonus apabila anda mempunyai rumah yang penuh dengan kanak-kanak.

5. Minyak UNTUK kanak-kanak, bukan OLEH kanak-kanak. Label pada botol minyak doTERRA mengingatkan kita untuk menjauhkannya daripada kanak-kanak. Kanak-kanak tidak akan memahami kemujaraban minyak esensial - mereka hanya tahu bahawa cecair yang menarik ini berbau sangat harum, dan mungkin akan menggunakannya secara berlebihan. Orang dewasa, bukan kanak-kanak, yang seharusnya sentiasa melakukan pengaplikasian minyak, dan dengan bijak.

6. Ambil maklum. doTERRA mempunyai banyak maklumat tentang penggunaan selamat minyak esensial di laman web mereka. Serta, jangan takut untuk bercakap tentang penggunaan minyak dengan doktor keluarga atau pakar pediatrik anda—profesional perubatan suka mempunyai gambaran holistik tentang keadaan kesihatan pesakit mereka, dan mereka mempunyai akses kepada kesusasteraan perubatan lain yang boleh membantu membimbing keputusan anda.

Tidak pasti di mana untuk bermula? Berikut ialah beberapa produk doTERRA kegemaran di rumah kami, dan cara ia boleh digunakan bersama kanak-kanak.

 

1. doTERRA Touch®Produk ini amat menakjubkan kerana ianya telah dicairkan terlebih dahulu. Kulit kanak-kanak adalah berbeza daripada kulit orang dewasa—ia lebih nipis, lebih halus, dan secara amnya lebih sensitif. Adalah idea yang bagus untuk mencairkan sebarang minyak esensial sebelum mengaplikasikannya kepada kanak-kanak, dan kit ini menghapuskan kucar-kacir yang disebabkan oleh pencairan.

 

2. Produk doTERRA On Guard®Kami menyukai semua produk yang mengandungi doTERRA OnGuard, dan ianya sangat mesra kanak-kanak. Ubat giginya adalah amat menakjubkan. Anak-anak saya menikmati rasanya dan saya amat menyukainya kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang saya lansung tidak memahami. Kepekatan pembersih menjadikan bilik mandi segar dan saya tidak perlu risau tentang sisa toksik. Dan, sudah tentu, kami menyebarkan banyak doTERRA On Guard semasa musim sejuk.

 

3. doTERRA Balance® dan doTERRA Serenity®Campuran ini telah memberikan banyak kebaikan kepada keluarga kami. Kami baru sahaja berpindah, dan anak-anak saya menghadapi masalah tidur di bilik baharu mereka. Urutan yang menyenangkan dengan minyak ini (dicairkan dan disapu pada tapak kaki) membantu semua orang berasa tenang dan selesa dalam persekitaran baharu. Kami sering kembali kepada campuran ini apabila tekanan hidup telah membuat semua orang tertekan.

 

4. Minyak sitrus. Kami resapkan minyak setiap hari, dan minyak sitrus adalah kegemaran anak-anak saya. Ia sangat menyegarkan dan memberi tenaga—sesuai untuk hari musim sejuk yang suram apabila tiada siapa yang berasa seperti mahu bangun dari katil. Ia adalah cara semula jadi untuk mengelak kemelut pasca percutian. Kegemaran kami ialah Wild OrangeLemon, dan Grapefruit. Kami juga menyapu minyak pada tapak tangan kami dan menekupkannya ke hidung kami untuk “scent tent.” yang mudah. (Pastikan untuk mengelakkan pendedahan matahari selepas menggunakan minyak sitrus secara topikal!) 

 

Ya, kami tinggal bersama doTERRA di rumah saya. Saya seronok melihat anak-anak saya mula memahami minyak mana yang mungkin bagus dalam pelbagai situasi dan memintanya mengikut keperluan. Mereka sedang belajar untuk menyedari kesihatan mereka sendiri sambil secara aktif mencari cara semula jadi untuk menyokong kesejahteraan. Saya sukakannya!


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda