Membeli Minyak dari Sumber yang Dipercayai


Membeli Minyak dari Sumber yang Dipercayai

Sepanjang 10 tahun yang lalu, doTERRA telah mengubah sepenuhnya tanggapan terhadap minyak esensial. Meskipun tidak difikirkan tipikal seketika dahulu, kini minyak esensial telah diterima sebagai cara penjagaan kesihatan yang selamat dan semula jadi. Bagi mendorong perubahan tersebut, doTERRA telah menumpukan pada prinsip saintifik yang kukuh melalui kerjasama dengan pakar sains dan penyelidik untuk memantapkan pendekatan aromaterapi yang lebih moden ini.

 

Komited kepada Mutu

Dengan membeli dari doTERRA Wellness Advocate bermaksud anda memperoleh minyak secara langsung daripada sumber, dan anda terjamin menerima kualiti dan penjagaan yang terbaik. Jenama doTERRA telah diyakini hasil daripada penekanan kami kepada kualiti.

Adakah anda ketahui bahawa setiap minyak wajib menjalani lapan ujian berbeza, ada yang di kalangan hanya digunapakai di doTERRA? Memandangkan tiada badan yang menjamin kualiti dalam dunia minyak esensial, setiap syarikat bertanggungjawab untuk memastikan ketulenan minyak esensial masing-masing. Tetapi, doTERRA berazam mempertahankan standard Certified Pure Therapeutic Grade® kami untuk menjamin keyakinan walaupun kesulitan yang dialami.

Oleh itu, doTERRA bekerjasama dengan institusi akademik, industri dan penyelidikan terpilih untuk menerajui penyelidikan minyak esensial. Masa yang tidak terhingga dilaburkan untuk mengenalpasti ujian yang tepat untuk memastikan minyak yang setulen mungkin diperoleh. Terdapat standard industri untuk menjalani ujian Kromatografi Gas dan Spektroskopi Jisim yang merupakan sebahagian daripada proses tersebut, doTERRA menjadikan ujian tersebut sebagai petunjuk awal bagi mutu, dan seterusnya melangkaui batasan yang ada.

Malahan sebelum doTERRA mempertimbangkan untuk menjual suatu minyak atas menggunakannya dalam campuran proprietari kami, ujian-ujian tersebut oleh makmal pihak ketiga mesti lulus. Sekiranya satu kelompok bagi sesuatu minyak tidak lulus walaupun dalam salah satu daripada lapan ujian tersebut, ia tidak diterima. Dengan ini, mutu doTERRA CPTG® bukan sekadar satu slogan tetapi bertindak sebagai janji konkrit kepada anda. 

 

Risiko Membeli dari Sumber Berlainan

Malangnya, pembelian atas talian telah menjadikan perolehan produk yang ditentusahkan rumit melainkan anda mengetahui ia dari seseorang yang anda percayai. Banyak penjual dalam talian menuntut bahawa minyak yang dijual oleh mereka berasal dari doTERRA, tetapi masalah berikut kekal wujud:

Agak mudah untuk penjual tanpa verifikasi mengalih penutup dan gelang pada botol dan mencairkan atau menggantikan kandungan sepenuhnya. Kemudian penutup baharu dipasang dan dikedapkan sebelum menjualnya untuk mengaut keuntungan lumayan.

Ia adalah mustahil untuk mengenalpasti sumber sebenar suatu minyak. doTERRA bekerjasama dengan rakan pengusaha ladang yang komited serata dunia untuk memperoleh bekalan tumbuhan terbaik. Kami bergantung kepada kepakaran petani serta penuai tempatan, dan membantu menyokong penuaian dan pertumbuhan lestari bagi setiap tumbuhan. Tetapi apabila botol minyak disabotaj, isi kandungan yang anda terima tidak akan dikenalpasti lagi. 

Anda tidak dapat menentukan keadaan penyimpanan botol berkenaan sebelum penghantaran. Setiap minyak dibungkus dengan teliti dan dielakkan daripada keadaan melampau di dalam gudang doTERRA yang sejuk. Tiada jaminan bagi minyak-minyak yang dibeli melalui sumber atas talian lain. Penggunaan suatu minyak yang tidak diketahui sumbernya boleh memudaratkan kesihatan anda dan keluarga anda. Membeli hanya daripada orang yang anda ketahui atau secara langsung dari doTERRA dalam talian merupakan satu-satunya cara untuk memastikan bahawa anda memperoleh mutu yang biasa anda gunakan atau yang anda perlukan.

 

Perbezaan Ketara

Takkan anda membeli sebuah Kia dan mengharapkan prestasinya menandingi sebuah Ferrari? Perbezaan antara sesetengah minyak esensial boleh menjadi begitu nyata. Tetapi, anda boleh yakin bahawa doTERRA hanya akan menggunakan minyak esensial terbaik dan dengan mutu tertinggi. Melalui penyelidikan untuk mengenalpasti lokasi yang sesuai, tumbuh-tumbuhan sihat dengan profil kimia terunggul, dan pekebun paling pakar, setiap minyak telah dipantau dari peringkat awal masing-masing.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda