Veráge® Immortelle Hydrating Serum
Penerangan
Alami kesan anti penuaan dengan Veráge Immortelle Hydrating Serum. Rumusan berkuasa ini menggabungkan minyak esensial CPTG® dengan teknologi tumbuhan istimewa untuk memberikan keseimbangan lipid optimum untuk kulit yang kelihatan lebih muda dan licin. Mempunyai pendekatan semula jadi dan juga saintifik kepada hidrasi kulit, kompleks lipid digunakan di dalam Immortelle Hydrating Serum iaitu lebih daripada sekadar serum pelembap biasa dengan menggunakan lipid sama seperti dijumpai di dalam kulit ketika berada di puncak keremajaan dan kesihatan. Veráge Immortelle Hydrating Serum adalah formula yang sangat berkesan dan inovatif yang memberikan hasil yang boleh anda lihat dan rasa dengan pantas.
Penggunaan
Sapu pada muka dan leher yang bersih dengan pergerakan ke atas, pagi dan malam. Ikuti dengan Veráge Moisturizer.
Langkah Berjaga-jaga
Untuk kegunaan luar sahaja. Elakkan daripada menyentuh mata. Jika terdapat kerengsaan pada kulit, berhenti daripada terus guna.
Manfaat Utama
- Minyak esensial CPTG® Frankincense, Hawaiian Sandalwood, Lavender, Myrrh, Helichrysum, dan Rose memainkan peranan penting dalam menyokong kulit kelihatan bersih.
- Kompleks lipid bukan sekadar pelembap biasa dengan menggunakan lipid yang sama dijumpai di dalam kulit semasa berada dalam keadaan kulit terbaik.
- Hidrasi dengan mendalam untuk mengurangkan garis halus dan kedut.
- Formula maju menggabungkan minyak lipid olive, jojoba dan macadamia untuk menghasilkan kulit yang lembut dan licin.
Bahan-bahan
Jojoba/Macadamia Seed Oil Esters,Boswellia carterii (Frankincense) Oil, Squalene, Santalum paniculatum (Hawaiian Sandalwood) Wood Oil, Lavandula angustifolia (Lavender) Oil, Commiphora myrrha (Myrrh) Oil, Phytosteryl Macadamiate, Helichrysum italicum (Helichrysum) Flower Oil, Rosa damascena (Rose) Flower Oil, Phyosterols, Tocopherol