Petitgrain Citrus aurantium



Penerangan
Minyak esensial Petitgrain diambil daripada pokok oren pahit, yang mempunyai sejarah yang panjang dalam penggunaan amalan kesihatan tradisional. Bukti saintifik memberi sokongan kepada penggunaan tradisional dan lain-lain. Terdapat tiga minyak esensial yang diambil daripada pokok oren pahit. Petitgrain disuling daripada daun dan ranting pokok, minyak esensial Neroli disuling daripada bunga, dan minyak Bitter Orange dihasilkan daripada perahan sejuk kulit dan buah. Petitgrain digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi, penyembur badan, wangian, losyen, dan minyak wangi yang segar dan berherba yang popular dalam kalangan wanita dan lelaki. Dengan bersumberkan Petitgrain dari Paraguay melalui inisiatif Co-Impact Sourcing®, doTERRA mampu menyokong pembangunan projek komuniti luar bandar dan menyediakan pendapatan yang pelbagai kepada petani berskala kecil. Pendekatan ini memberi alternatif berdaya maju secara ekonomi kepada tanah, dan dapat membantu melindungi kawasan yang tinggal di Hutan Hujan Atlantik di Timur Paraguay.
Penggunaan
- Sembur untuk aroma yang melegakan dan menenangkan. Campurkan bersama minyak sitrus, Cassia, Cinnamon, Eucalyptus, Geranium, dan Lemongrass.
- Sebelum tidur, campur beberapa titis Petitgrain bersama Lavender atau Bergamot pada bantal dan cadar untuk tidur yang lena.
- Untuk urutan kaki yang melegakan, campur dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil dan gosok bawah kaki.
- Campur beberapa titis dengan Fractionated Coconut Oil dan sapu untuk mengurangkan kecelaan kulit.
Arahan Penggunaan
Langkah berjaga-jaga
Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan daripada terkena mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.
Manfaat Utama
- Memberi rasa yang menenangkan dan merehatkan kepada tekanan dan ketegangan.
- Boleh menyokong fungsi imun yang sihat.
- Boleh memberi tidur yang lena.