Promosi Bulanan Jangan lepaskan tawaran dan promosi menarik doTERRA setiap bulan! Ketahui lebih lanjut

Promosi Bulanan

Maklumat Promosi

Ketahui mengenai produk baru yang menyeronokkan, gabungan idea kreatif semburan dan banyak lagi. Apabila anda memanfaatkan tawaran bulanan doTERRA, anda boleh mendapatkan produk PERCUMA dan diskaun , serta menjimatkan wang.

Terma

Jika anda memerlukan bantuan atau sebarang pertanyaan mengenai promosi, sila hubungi Khidmat Pelanggan Hubungi Kami

Jimat 25% apabila anda membeli sebagai Keahlian Borong Maklumat Lanjut

Jimat 25% apabila anda membeli sebagai Keahlian Borong

Maklumat Promosi

doTERRA menawarkan produk melalui keahlian borong tahunan. Dengan bayaran keahlian RM 132.00 *, Pelanggan Borong atau Penasihat Kesihatan akan mendapat faedah berikut:

  • Diskaun 25% dari harga runcit
  • Pilihan untuk menerima kembali 10-30% dari pembelian dalam mata yang boleh ditebus untuk produk percuma
  • Buat pesanan bulanan melebihi 125 PV dan terima produk percuma pada bulan tersebut
Terma

*Setelah menjadi Ahli Borong, yuran pembaharuan tahunan untuk keahlian borong adalah RM 94. Bayaran pembaharuan ini disertakan dengan sebotol Peppermint percuma, salah satu minyak paling popular doTERRA, nilai runcit RM 133. Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana menjadi Ahli Borong atau faedah yang disenaraikan di atas, klik di sini untuk memberitahu kami cara untuk menghubungi anda. Kami dengan senang hati akan menghubungi anda secepat mungkin untuk menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada.


Arborvitae

Arborvitae  Thuja plicata

Item: 49361507 
Saiz: 5 mL  
Harga Runcit: RM 139.00
Harga Borong: RM 104.00
PV: 26



Penerangan

Dikenali sebagai “pokok kehidupan,” Arborvitae mempunyai saiz yang besar dan memberi banyak manfaat. Minyak esensial Arborvitae mengandungi tropolones, seperti hinokitiol, iaitu kumpulan kompaun kimia yang melindung daripada ancaman persekitaran dan perubahan musim serta mempunyai ciri pembersihan yang berkesan. Kompaun ini turut menyumbang kepada sifat semula jadi Arbovitae yang menghalau serangga. Asid thujic, iaitu tropolone lain yang dijumpai dalam Arborvitae telah dikaji keupayaannya untuk melindungi daripada ancaman biasa dalam persekitaran. Berasal dari Kanada, semua bahagian pokok Arborvitae digunakan secara meluas oleh orang asli Amerika untuk penjagaan kesihatan dan untuk membina kapal, tiang totem, bakul, serta pakaian. Oleh kerana sifat pemeliharaan yang semula jadi, Arborvitae menghalang kayu daripada mereput dan menjadikannya terkenal dalam kraf kayu untuk memelihara permukaan kayu secara semula jadi.

Penggunaan

  • Sapukan pada pergelangan tangan dan buku lali untuk menghalau serangga secara semula jadi. 
  • Sembur untuk membersihkan udara dan menghalau serangga di dalam rumah. 
  • Gunakan sewaktu meditasi untuk rasa aman dan tenang. 
  • Hasilkan pewangi anda sendiri dengan campuran Arborvitae, Cedarwood dan Frankincence untuk aroma berkayu dan hangat.

Arahan penggunaan 

Semburan: Gunakan tiga hingga empat titik ke dalam alat penyebar pilihan anda. 
Penggunaan topikal: Titiskan satu atau dua titik ke tempat yang dikehendaki. Cairkan bersama doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengurangkan sebarang sensitiviti kulit. Lihat langkah berjaga-jaga di bawah. 

Langkah berjaga-jaga 

Kemungkinan sensitif kepada kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan bayi atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan daripada terkena mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.

Manfaat Utama

  • Melindungi daripada ancaman persekitaran dan perubahan musim. 
  • Ejen pembersihan yang berkesan.
  • Penghalau serangga semula jadi.

Gambaran Aromatik

Hangat, berkayu, seperti tanah

Kaedah Pengumpulan

Penyulingan Stim

Bahagian Tumbuhan

Kayu

Komponen Kimia Utama

Methyl thujate, methyl myrtenate, α-terpineol

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda