Diamond Club - Kelayakan


Garis Masa
 

Bulan Kelayakan Bulan Persediaan Bulan Diamond Club
Januari 2022 Februari 2022 Mac 2022 - Jun 2022

Bulan Kelayakan

Kami mahukan semua ahli yang menyertai Diamond Club ini berjaya. Terdapat beberapa tanda aras utama yang kami dapati boleh membantu menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kumpulan untuk berjaya. Kami juga ingin memastikan bahawa setiap ahli Diamond Club berasa selesa untuk mendaftarkan orang lain kerana itu merupakan kelayakan penting dalam program ini.

Bulan Persediaan

Anda perlu sentiasa bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin kawasan anda dan kawasan luar sebelum hari program untuk memastikan kejayaan acara Diamond Club ini. Perancangan, jemputan dan melakukan aktiviti susulan adalah rahsia untuk menarik orang ke acara anda supaya anda dapat memenuhi kelayakan pendaftaran.

Tempoh Diamond Club – Bulan Pendaftaran

Apabila anda bekerja pada tahap yang diperlukan untuk Diamond Club pada setiap bulan, anda akan mendapat hasil yang besar. Kumpulan, jumlah pelanggan, dan hubungan anda akan berkembang kerana kejayaan anda dalam Diamond Club bermaksud anda berjaya menyemarakkan api dalam kumpulan anda. Program ini menawarkan pembayaran balik perjalanan dan insentif pendaftaran serta hadiah yang menarik. Faedah ini membolehkan anda memupuk kepemimpinan baharu dan mengimbangi pelaburan kewangan yang diperlukan untuk pertumbuhan yang pesat.

 

Sila rujuk Diamond Club 2022 Booklet untuk terma dan syarat.

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda