Produk Tumpuan: Veráge® Moisturizer


Penerangan Produk Verage Moisturizer 

Dicipta untuk melembabkan dan mencantikkan kulit, Verage Moisturizer menggunakan minyak esensial dan bahan-bahan semulajadi untuk membantu menghidratkan kulit di samping mengurangkan penampakan kedutan dan garisan-garisan halus. Tidak seperti pelembab yang lain, Pelembap Verage dapat menyihatkan kulit bersama-sama dengan minyak esensial, ekstrak tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi yang lain. Gabungan bahan-bahan tersebut dapat memberikan tona kulit yang sekata dan licin. Sama ada anda sedang mengalami masalah kulit kering dan tona kulit tidak sekata atau kedutan pada wajah, Pelembap Verage merupakan produk yang penting dalam mana-mana rutin penjagaan kulit.

Di mana untuk membeli Verage Moisturizer

Lihat laman produk Verage Moisturizer untuk mengetahui tentang cara pembelian produk ini dengan lebih lanjut. Sekiranya anda berminat dalam produk-produk penjagaan kulit yang menggunakan minyak esensial CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®, lihat produk-produk lain di dalam barisan produk Verage Skin Care.  

Kegunaan dan Kebaikan Verage Moisturizer

  1. Tidak seperti produk-produk penjagaan kulit yang lain, Verage Moisturizer selamat untuk digunakan bagi semua jenis kulit kerana ia membantu untuk mendapatkan tona kulit yang sekata dan licin. Memandangkan formula Verage Moisturizer menggunakan minyak esensial dan ekstrak semulajadi tumbuhan, ia selamat untuk digunakan bagi semua jenis kulit. Walau apa pun jenis kulit anda, anda boleh mendapat kulit yang bersinar dan sihat dengan menggabungkan kuasa kelembutan dan penyuburan Verage Moisturizer ke dalam rutin penjagaan kulit seharian anda.
     
  2. Satu perbezaan ketara antara Verage Moisturizer dengan pelembap lain ialah penggunaan minyak esensial yang dapat memberikan kebaikan signifikan pada kulit. Dengan menggunakan minyak esensial seperti Geranium, Juniper Berry, dan Jasmine, Verage Moisturizer dapat memberikan kesan kelembapan dan kesuburan pada kulit. Memandangkan Verage Moisturizer menggunakan minyak esensial dan bukan bahan pengisi toksik atau kimia berbahaya, anda tidak perlu bimbang kerana komponen yang berada pada kulit anda adalah selamat dan semulajadi. Bukan itu sahaja, ia juga turut memberikan kulit yang cerah dan bersinar.
     
  3. Selain kuasa kehebatan minyak esensial, formula Verage Moisturizer menggunakan kemajuan teknologi tumbuhan untuk memberikan hidrasi dan kesuburan pada kulit. Bersama-sama dengan minyak esensial tulen, formula Verage Moisturizer menggunakan ekstrak tumbuhan untuk menjadikan kulit lebih lembut melalui cara yang selamat dan semulajadi. Bahan-bahan seperti Sea Buckthorn Berry membantu untuk menyuburkan dan melembutkan kulit manakala minyak rice bran menembusi ke dalam kulit untuk memberikan kelembapan yang optimum.
     
  4. Satu masalah pelembap lain ialah pembentukan minyak lebihan selepas penggunaan. Ini akan menjadikan kulit terasa berat dan berminyak. Formula Verage Moisturizer menggunakan shea butter kaya dan krim pelembap yang dapat memberikan formula ringan serta tanpa minyak supaya anda sentiasa berasa segar dengan setiap penggunaan.
     
  5. Sementara Verage Moisturizer dicipta untuk melembapkan dan menyuburkan kulit, bahan-bahan semulajadi juga membantu dalam mengurangkan penampakan garisan-garisan halus dan kedutan. Minyak esensial seperti minyak Juniper Berry dapat merawat kulit yang sedang mengalami proses penuaan. Bahan-bahan lembapan lain yang terdapat dalam formula Verage Moisturizer menyumbang kepada kulit yang sihat dan awet muda. Menggunakan Verage Moisturizer untuk penjagaan kulit seharian anda bukan sahaja menjadikan kulit anda segar dan lembap, malah turut memberikan sinaran awet muda, perkara yang diingini oleh semua orang.

Bahan-bahan Utama 

Jasmine: Dikenali dapat melindungi kulit dan mengurangkan penampakan jerawat pada kulit, minyak Jasmine menyumbang untuk kulit yang sihat dan bersinar.

Geranium: Dengan tujuan kecantikan yang sudah digunakan sejak dahulu lagi, minyak Geranium menggalakkan penampakan kulit yang sihat dan bersih.

Shea butter: Dengan asid lemak yang dapat memberikan kulit yang sihat, Shea butter juga menyumbang kepada formula semulajadi Verage Moisturizer yang lembut.

Juniper Berry: Berguna untuk mengurangkan penampakan jerawat pada kulit dan memperbaiki penuaan kulit, Juniper Berry bertindak sebagai toner semulajadi untuk kulit.

Ekstrak kulit kayu Phellondendron amurense: Dengan keupayaan untuk melegakan kulit, ekstrak kulit kayu phellodendron amurense ialah bahan yang penting untuk formula Verage Moisturizer.

Video disabled by your privacy settings

Penggunaan

Sapu  jumlah kecil selepas Verage Moisturizer pada muka dan leher dalam pergerakan bulatan ke  atas sehingga diserap. Gunakan semasa pagi dan malam. Untuk hasil yang lebih  baik, gunakan bersama Verage Skin Care yang lain.
 

Langkah Berjaga-jaga

Untuk kegunaan luar sahaja. Elak dari menyentuh mata. Jika terdapat kerengsaan pada kulit, berhenti daripada terus guna.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda