Kegunaan dan Kelebihan Minyak Tangerine

Pilihan Utama Minyak Esensial


Buah Tangerine digunakan sejak zaman dahulu lagi dalam kebudayaan Cina dan amalan kesihatan herba. Buah tangerine juga menghasilkan minyak esensial yang berbau manis dan tajam melalui proses tekanan sejuk daripada buah pokok Citrus reticulata. Dengan haruman yang segar dan kepelbagaian kegunaan, minyak esensial ini perlu menjadi salah satu koleksi minyak anda.

Di manakah untuk membeli Minyak Tangerine?

Untuk membeli Tangerine yang tulen, layari laman produk Minyak Tangerine.

Mendapatkan minyak esensial yang kuat dan asli sangat penting supaya anda dapat merasai kelebihan minyak tersebut. Kebanyakan minyak esensial yang dijual di luar sana kurang asli dan kemujarabannya serta dipenuhi dengan bahan tambahan dan bahan-bahan pencemar. Di doTERRA, misi kami adalah untuk memberikan minyak esensial yang berkualiti tinggi, bebas daripada bahan pencemar dan isi yang berbahaya agar setiap minyak esensial yang dihasilkan dapat memberikan kebaikan yang sepenuhnya kepada semua pengguna. Kami memastikan ketulenan dan kemujaraban minyak kami dengan meletakkan setiap kumpulan minyak tersebut melalui protokol CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol tersebut melibatkan pelbagai ujian intensif untuk menentukan kualiti bagi setiap minyak yang dihasilkan.

Kegunaan dan Kebaikan Minyak

  • Minyak Tangerine juga boleh digunakan secara topikal untuk membantu dalam merangsang perasaan bahagia dalam diri seseorang. Apabila anda memerlukan suasana ceria dalam hidup anda, sapukan minyak Tangerine pada titik-titik refleksi badan atau abdomen anda. Sekiranya anda bimbang tentang sensitiviti kulit anda, pastikan anda mencairkan minyak tersebut bersama-sama dengan Fractionated Coconut Oil sebelum menyapu pada kulit anda. Campuran tersebut dapat mengurangkan risiko kulit sensitif atau iritasi kulit.
  • Seperti kumpulan minyak citrus, minyak esensial Tangerine juga mempunyai ciri-ciri untuk menaikkan semangat apabila digunakan secara aromatik. Apabila anda ingin menaikkan semangat atau tenaga anda, letakkan 1 atau 2 titis minyak Tangerine ke atas tapak tangan anda, kemudian gosokkan tangan anda dan tekup hidung anda selama 30 saat. Sekiranya anda lebih ingin menikmati haruman minyak Tangerine dengan lebih lama, masukkan beberapa titis minyak Tangerine ke dalam alat penyebar dan alami aroma yang menyegarkan memenuhi bilik anda.

Deskripsi Tumbuhan

Buah Tangerine tumbuh pada pokok Citrus reticulata iaitu pokok malar hijau yang memiliki buah berwarna oren muda dan berbau manis serta mempunyai bunga-bunga putih. Disebabkan bauan wangi dan rasa buah tangerine yang manis, buah tersebut sering digunakan untuk hidangan pencuci mulut, air minuman dan sapuan makanan. Buah Tangerine juga selalunya dimakan begitu sahaja kerana ianya sangat mudah untuk dikopek, berjus dan merupakan snek yang sangat sedap. Minyak Tangerine diambil daripada kulit buah tersebut melalui proses ekspresi sejuk. Proses penyulingan stim menggunakan haba untuk mengeluarkan minyak esensial daripada tumbuh-tumbuhan manakala proses tekanan sejuk mendapatkan pati minyak daripada kulit buah-buahan tersebut.

Bahan Kimia Tangerine Oil

Komponen Kimia Utama: Limonene

Minyak esensial seperti Tangerine mempunyai tahap monoterpene limonene yang mana dapat merangsang dan menceriakan suasana. Kesan ransangan Tangerine ini boleh dialami apabila digunakan secara aromatik iaitu dengan menghirup bauan minyak esensial tersebut.

Limonene yang dijumpai di dalam minyak esensial juga dikenali dengan ciri-ciri pembersihan, menjadikannya sangat berguna untuk pembersihan permukaan di sekitar rumah.

Minyak yang boleh bercampur dengan Tangerine

Minyak esensial citrus yang manis iaitu Tangerine dapat bercampur dengan minyak yang lain bagi tujuan penyebaran. Apabila anda mahukan haruman musim luruh, campurkan minyak Tangerine dengan minyak yang suam dan berempah seperti Cinnamon Bark atau Clove. Anda juga boleh mencampurkan minyak Tangerine dengan minyak citrus yang lain seperti Bergamot atau Lemon untuk aroma yang menceriakan. Minyak esensial Tangerine yang berbau tajam ini juga boleh dicampur dengan minyak esensial pudina seperti Peppermint atau Spearmint.

Langkah berjaga-jaga

Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya anda sedang mengandung, menyusu atau di bawah seliaan doktor, sila dapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Elakkan bersentuhan dengan mata, telinga dan bahagian sensitif. Elakkan daripada sinaran matahari atau sinaran UV selepas 12 jam penggunaan.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda