Produk Tumpuan: Minyak Rosemary

Essential Oil Spotlight


Deskripsi Produk Minyak Rosemary  
 
Minyak esensial Rosemary adalah minyak esensial serba boleh yang terbukti berguna dalam kehidupan sehari-hari seperti menghasilkan rambut yang sihat, mewujudkan urutan yang menenangkan, memasak makanan berkhasiat, dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai minyak esensial Rosemary dan temui pelbagai kegunaan produk doTERRA herba, yang memberi tenaga ini. 
 
Cara untuk Mendapatkan Minyak Rosemary 
 
Ingin menambah minyak Rosemary di dalam koleksi minyak esensial anda? Ketahui cara pembelian dengan melawat halaman minyak Rosemary kami. Sebaik sahaja anda mendapatkan sebotol minyak esensial Rosemary yang berpotensi dan tulen, anda akan menemukan pelbagai kegunaan harian produk ini— tidak kira sama ada anda cuba mendapatkan rambut yang sihat atau ingin mewujudkan persekitaran yang santai. Apa yang penting, anda akan berpuas hati apabila mengetahui bahawa minyak ini selamat digunakan di rumah dan oleh keluarga anda. Apabila anda membeli minyak esensial dari doTERRA, terdapat jaminan bahawa setiap botol minyak telah didapatkan dari sumber yang bertanggungjawab, diuji dengan teliti, dan dihasilkan dengan baik untuk kegunaan keluarga anda. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Esensial Rosemary 
 
  1. Bahan kimia minyak Rosemary memberikan ciri-ciri untuk memperbaharui yang memberi tenaga dan ketenangan —terutamanya ketika anda menyebar minyak ini. Apabila anda perlu belajar untuk ujian penting, menghafal slaid untuk pembentangan di tempat kerja, atau hanya perlu menyiapkan projek, minyak Rosemary dapat membantu anda. Dalam alat penyebar minyak esensial pilihan anda, cuba sebarkan minyak Rosemary sewaktu belajar untuk membantu mengekalkan daya tumpuan. Apabila aroma yang memperbaharui dan hijau minyak Rosemary tersebar dalam bilik, anda akan dapat memberi tumpuan kepada tugas yang sedang dilakukan. 
     
  2. Cuba untuk berehat? Biarkan ciri pembaharuan minyak esensial Rosemary menenangkan badan dan jiwa anda pada penghujung hari yang panjang dengan mereka mandian minyak esensial yang merehatkan. Dengan menambah minyak esensial ke dalam mandian yang hangat boleh menghasilkan persekitaran yang menenangkan dan merehatkan — baik dari segi mental dan juga fizikal. Campurkan Rosemary, Frankincense, dan garam Epsom ke dalam air mandian anda untuk pengalaman meremajakan ketika anda memerlukan masa bersendirian. 
     
  3. Seperti minyak esensial lain, minyak Rosemary boleh membantu melebatkan rambut dan membuat rambut kelihatan lebih sihat. Jika anda ingin memiliki rambut yang lebat, gunakan minyak Rosemary sambil memberi urutan pada kulit kepala anda. Untuk urutan kulit kepala yang lebih baik, campurkan Tea Tree bersama minyak Rosemary. Tidak kira sama ada anda menggayakan atau menghias rambut cantik anda, ia adalah idea yang baik untuk menggunakan minyak Rosemary pada rambut. 
     
  4. Disebabkan ciri keremajaan dan memperbaharuinya, minyak Rosemary sering digunakan untuk urutan. Gabungkan minyak Rosemary dengan minyak carrier seperti doTERRA Fractionated Coconut Oil  dan gunakan semasa mengurut. Untuk mengalami pengalaman urutan yang menenangkan, anda juga boleh menggabungkan minyak Rosemary dengan Wintergreen untuk menyejukkan dan melegakan kulit. Sekiranya anda ingin urutan yang menenangkan, campurkan Lavender dengan minyak Rosemary untuk mengurangkan tekanan. 
Mahukan lebih banyak DIY minyak Rosemary? Berikut adalah beberapa DIY minyak esensial rambut yang anda boleh cuba di rumah yang mengandungi minyak esensial Rosemary: 
 
Deskripsi Tumbuhan 
 
Merupakan salah satu daripada ahli keluarga mint, Rosmarinus officinalis adalah tumbuhan yang sangat aromatik yang terkenal kerana kegunaannya dalam hidangan tradisional seperti kentang, inti, kambing, ayam belanda, ayam, dan banyak lagi. Masyarakat purba seperti orang Mesir, Rom, Ibrani, dan Yunani menganggap rosemary sebagai bahan yang suci, dan ia sering digunakan oleh pengubat pada awal kewujudan budaya ini. Berasal dari kawasan Mediterranean, tumbuhan harum ini menghasilkan daun yang kemudiannya diekstrak untuk membuat minyak esensial Rosemary. 
 
Bahan Kimia Minyak Rosemary 
Komponen Kimia Utama: 1,8-Cineole, a-pinene, kapur barus 
 
Rosemary mengandungi unsur kimia 1,8 Cineole dan alpha pinene, yang umumnya dikenali dengan ciri pembaharuannya. Bahan kimia minyak Rosemary faktor penyumbang kepada keupayaannya menghalau serangga dan mempengaruhi emosi. Pinene dan camphor adalah monoterpenes yang bertanggungjawab memberi keupayaan kepada minyak Rosemary untuk menghalang gigitan serangga. Bahan kimia ini membuatkan minyak Rosemary sangat merangsangkan — membolehkan ia memberi kesan yang meningkatkan emosi.  
 
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Esensial Rosemary 
 
Aroma herba dan menyegarkan minyak esensial Rosemary menjadikannya kombinasi yang baik dengan minyak sitrus seperti  Wild Orange atau Lemon. Dengan bau yang menyerupai taman herba, minyak Rosemary juga sangat serasi dengan minyak bunga seperti Lavender atau Jasmine. Apabila anda mahukan aroma yang hangat dan berkayu, cuba campurkan minyak Rosemary dengan minyak lain seperti Cedarwood dan Frankincense. 
 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda