Produk Tumpuan: Immortelle

Pilihan Minyak esensial


Deskripsi Produk Immortelle

Mempunyai komposisi yang terdiri daripada beberapa minyak yang terbaik dan jarang dijumpai, Immortelle Anti-Aging Blend ialah minyak hebat yang dapat mencantikkan dan menyuburkan kulit. Minyak Immortelle ialah sistem penjagaan kulit yang perlu ada untuk membantu mengurangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada penuaan kulit. Minyak roll-on yang cepat serap dan mudah ini boleh disapu pada muka, leher dan dada untuk mengurangkan penampakan kedutan dan garisan-garisan halus. Menggabungkan Immortelle ke dalam rutin penjagaan kulit akan membantu untuk mengekalkan kulit yang lebih licin, bersinar dan awet muda.

Di Manakah untuk Membeli Immortelle?

Untuk membeli botol Immortelle yang asli, layari laman produk Immortelle Anti-Aging Blend.

Minyak Immortelle ialah salah satu campuran proprietari yang terdiri daripada minyak esensial CPTG (Certified Pure Therapeutic Grade® ). CPTG ialah nama yang diberikan untuk minyak yang telah melalui protokol CPTG dan disahkan asli dan berkesan, menandakan minyak tersebut ialah minyak esensial yang berkualiti tinggi. Setiap kumpulan minyak doTERRA telah dihantar ke protokol CPTG. Sekiranya kumpulan minyak ini melepasi standard protokol yang tinggi ini, minyak tersebut akan dijual sebagai minyak tunggal sahaja atau secara campuran, seperti Immortelle, supaya setiap individu dapat merasai kebaikan minyak itu tersendiri.

Protokol CPTG ialah proses yang unik yang membantu doTERRA menjual produk yang berkualiti tinggi dan berkesan. Sering kali, minyak esensial yang dijual di pasaran adalah tidak asli dan mengandungi bahan penambah serta bahan pencemar yang berbahaya. Bendasing ini akan melemahkan keberkesanan minyak esensial dan mengurangkan kelebihannya untuk memenuhi kehendak individu dan keluarga. Untuk mengelakkan pengedaran minyak yang tidak asli dan lemah, doTERRA menggunakan protokol CPTG untuk memastikan minyak yang diedarkan tersebut adalah tulen dan berkesan serta boleh digunakan apabila diperlukan.

Kegunaan dan Kelebihan Immortelle

  1. Sekiranya anda sedang mencari jalan untuk mengurangkan garisan halus dan kedutan secara semulajadi, minyak esensial Immortelle dicipta untuk anda. Campuran Immortelle Anti-Aging membantu mengurangkan penampakan garisan halus dan kedutan apabila disapu pada leher, muka dan dada.
  2. Meskipun penuaan kulit ialah proses semulajadi yang akan berlaku apabila umur semakin meningkat, beberapa faktor penuaan kulit masih boleh dikawal. Untuk menghalang faktor-faktor penuaan kulit luaran, sapukan minyak esensial Immortelle pada kawasan yang diingini. Komponen Immortelle yang hebat ini akan membantu mengurangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada penampakan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kelicinan kulit.
  3. Kekalkan wajah yang sihat dan muda dengan campuran minyak esensial Immortelle. Campuran Immortelle Anti-Aging boleh digunakan secara kerap untuk membantu mengekalkan kulit yang lebih bersinar, lebih licin dan awet muda. Minyak Immortelle juga boleh dikombinasikan bersama-sama dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengurangkan sensitiviti kulit.
  4. Apabila menggunakan Immortelle Anti-Aging Blend, sapukan satu lapisan nipis Immortelle pada muka, leher dan dada dan ulangi sapuan tersebut pada kawasan yang menjadi kebimbangan anda. Setelah anda selesai dengan langkah ini, sapukan doTERRA moisturizer pilihan anda pada kawasan yang diingini dan biarkan kulit anda menjadi semakin bersinar dan sihat.
  5. Bukan sahaja minyak Immortelle membantu untuk mengurangkan penampakan garisan halus dan kedutan, malah ia juga membantu dalam mengurangkan masalah kulit. Apabila anda mula terasa atau terlihat kemunculan masalah kulit pada wajah anda, sapukan Immortelle pada kawasan tersebut.
  6. Salah satu faktor yang menyumbang kepada garisan halus dan kedutan pramatang ialah pendedahan kepada matahari. Selepas seharian berada di pantai atau taman, pastikan anda menjaga kulit anda yang terdedah dengan matahari dengan menyapu campuran minyak esensial Immortelle. Sapuan Immortelle akan memberikan perasaan kelegaan yang sempurna setelah menghabiskan hari anda di bawah matahari.
  7. Sapukan campuran minyak esensial Immortelle di bawah lengan anda selepas menjalani senaman. Campuran ini mempunyai aroma kayu-kayuan dan kesegaran yang membantu untuk menutup bauan selepas senaman. Immortelle juga boleh membantu untuk melegakan kulit sensitif di bawah lengan anda.
  8. Sekiranya anda sedang mencari minyak yang ideal untuk koleksi kosmetik anda, campuran minyak esensial Immortelle sangat sesuai dalam kategori tersebut. Dengan kualiti penyuburan dan pengawetan kulit yang pelbagai, minyak Immortelle memberikan minyak yang ideal untuk mencantikkan kulit.

Bahan-bahan

  • Frankincense Resin
  • Hawaiian Sandalwood
  • Lavender Flower
  • Myrrh Gum Resin
  • Helichrysum Flower
  • Rose Flower

Langkah berjaga-jaga

Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya sedang mengandung, menyusu atau di bawah pantauan doktor, dapatkan nasihat pakar. Elakkan terkena mata, bahagian dalam telinga dan tempat-tempat sensitif.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda