Produk Tumpuan: Grapefruit

Pilihan Utama Minyak Esensial


Penerangan Produk Minyak Grapefruit

Biasanya dikenali dengan rasa masam dan tajam, limau gedang adalah bulat, buah berwarna oren kuning daripada pokok sitrus malar hijau. Minyak esensial Grapefruit berasal daripada kulit buah ini dan dihargai kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan dan faedah. Aroma minyak esensial Grapefruit sama seperti rasa berbuah dan sitrus buah asalnya dan memberi bau segar dan bertenaga. Minyak esensial Grapefruit yang disebar membangkitkan perasaan kejelasan, dan oleh sebab komponen kimia utamanya, limonene dapat membantu meningkatkan mood. Dengan sifat pembersihan yang kuat, minyak esensial Grapefruit dihargai untuk faedah dan keupayaan penjagaan kulit yang memberi penampilan kulit yang cerah dan sihat apabila digunakan secara topikal.

Penggunaan dan Faedah Minyak Esensial Grapefruit

  1. Zaman remaja boleh menjadi sukar dengan kecelaan kulit yang selalu muncul, serta perasaan tidak selesa dengan diri boleh menambahkan kekecewaan yang sedia ada dengan cepat. Cara yang mudah untuk membantu remaja anda mengurangkan penampilan kecelaan, campur minyak esensial Grapefruit pada rutin wajah setiap malam (elakkan pendedahan matahari sehingga 12 jam selepas menggunakan sebarang minyak citrus secara topikal).
  2. Nikmati urutan yang menenangkan dengan minyak esensial Grapefruit. Untuk kegunaan meningkatkan semangat selepas hari yang panjang, urut minyak esensial Grapefruit pada kawasan yang diperlukan. Minyak Grapefruit akan meninggalkan bau yang ringan dan meningkatkan semangat dan juga akan membantu mengurangkan penampilan kecelaan kulit pada kawasan ia digunakan. Untuk kawasan yang telah diurut, elakkan cahaya UV sehingga 12 jam selepas menggunakan minyak sitrus secara topikal.
  3. Tingkatkan hubungan dengan tubuh anda dengan memberikannya beberapa penjagaan minyak esensial. Gosok satu hingga dua titik minyak esensial Grapefruit pada perut anda untuk membantu anda mempunyai hubungan emosi yang sihat dengan tubuh anda.
  4. Jauhi perasaan tegang dengan faedah aromatik dan topikal minyak Grapefruit. Jika anda berasa cemas atau sedih, gosok satu hingga dua titik minyak esensial Grapefruit pada leher dan bahu anda untuk mendapatkan semangat positif. Minyak esensial Grapefruit akan membantu menggalakkan perasaan kecergasan dan akan meningkatkan mood.

Fakta Menarik

Nama “grapefruit” dikaitkan dengan buah tersebut yang tumbuh dalam kumpulan yang seakan sama dengan anggur.

Penerangan Tumbuhan

Tumbuhan Grapefruit, Citrus X paradisi, adalah pokok saka kecil yang tumbuh sehingga 15 hingga 30 kaki tinggi dengan jarak yang sama. Daun pokok adalah warna hijau yang terang dan berbentuk bujur. Daun ini mempunyai urat tengah yang jelas dan boleh tumbuh menjadi empat inci panjang. Pokok ini juga menghasilkan bunga-bunga yang berbau harum dan empat kelopak berwarna putih. Buah pokok ini adalah limau gedang, yang merupakan buah bulat dengan kulit yang halus dan bertitik halus. Minyak esensial Grapefruit doTERRA diekstrak daripada kulit buah ini.

Kimia Minyak Esensial Grapefruit

Komponen Kimia Utama: d-Limonene

Kandungan kimia utama minyak esensial Grapefruit adalah d-limonene. Limonene berada dalam kumpulan monoterpenes dan memiliki ciri aromatik yang kuat. Faedah yang ditemui dalam limonene menjadikan minyak esensial Grapefruit sebagai minyak yang terbaik untuk kegunaan aromatik. Limonene juga mempunyai keupayaan untuk mencairkan minyak menjadikannya bahan biasa dalam pembersih tangan.

Minyak yang Sesuai Digabung dengan Minyak Esensial Grapefruit

Grapefruit sesuai digabung dengan pelbagai minyak esensial yang berbeza untuk memberi faedah tambahan kepada tubuh badan dan minda. Untuk gabungan yang terbaik, campur Grapefruit dengan minyak esensial Frankincense, Ylang Ylang, Geranium, Peppermint, Rosemary, dan Bergamot untuk penyebaran.

Langkah berjaga-jaga

Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Elakkan sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. Elakkan daripada terkena cahaya matahari atau sinaran UV sehingga 12 jam selepas penggunaan produk.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda