Minyak Eucalyptus: Dari manakah ia datang?


Pokok eucalyptus berasal daripada keluarga pokok melaleuca. Kedua-dua pokok tersebut mempunyai daun yang wangi dan mengandungi minyak esensial. Eucalyptus radiata mempunyai aroma pudina yang digunakan untuk merehatkan minda, memberikan tenaga dan membuka rongga-rongga pernafasan.  

Minyak Eucalyptus berasal dari Australia yang mana kebanyakan bahagian pokok seperti kulit kayu dan daun digunakan oleh orang Aboriginal and Torres Straight Islander untuk alatan, perisai, alat muzik dan tujuan kesihatan.

The Survivor

Australia mempunyai kira-kira 700 spesis pokok eucalyptus. Spesis ini berada dalam pelbagai lingkungan ketinggian, daripada 30 sehingga 200 kaki tinggi. Pokok Eucalyptus yang tertinggi, Mountain Ash, boleh mencapai lebih daripada 301 kaki. Pokok Eucalyptus radiata kebiasaannya mempunyai ketinggian kira-kira 98 kaki, dan kadang kala boleh mencapai sehingga 164 kaki.

Di mana jua pokok-pokok ini ditanam, ia menggunakan jumlah air yang banyak. Peneroka membawa pulang pokok Eucalyptus ke California pada lewat 1800-an dengan harapan untuk menyediakan sumber bahan api menggunakan kayunya dan mengurangkan malaria melalui pengeringan air paya. Pokok tersebut terbukti tidak dapat dimusnahkan, dapat mengadaptasi dengan tanah dan menggunakan air yang sangat banyak. Malangnya, pokok-pokok tersebut juga memberikan kesan alelopati kepada persekitaran. Pokok tersebut dapat menghalang tumbuh-tumbuhan lain daripada tumbuh berdekatan dengannya. Kata sepakat telah dicapai untuk membuang pokok-pokok ini memandangkan ianya juga bertindak sebagai bahan kering yang mudah terbakar dalam keadaan yang boleh menyebabkan kebakaran.

Sekiranya berlaku kebakaran, pokok-pokok tersebut dapat menyesuaikan diri dengan uniknya untuk terus hidup. Pucuk yang tidak aktif dalam pokok tersebut hanya akan bercambah sekiranya terkena haba api yang sangat tinggi. Ini bermakna, pokok-pokok tersebut dapat membesar semula dengan sangat cepat berbanding dengan pokok-pokok lain yang memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih selepas kebakaran.

Koala-fication

Apabila anda membayangkan koala, ia pastinya berada atas pokok. Pokok itu tidak lain tidak bukan adalah pokok Eucalyptus. Hal ini kerana koala boleh hidup dengan diet daun-daun pokok eucalyptus, meskipun secara faktanya pokok eucalyptus mempunyai nutrisi yang sangat rendah dan mereka sangat memilih dengan spesis eucalyptus yang ingin dimakan. Daun pokok eucalyptus juga mengandungi pelindung racun toksik untuk haiwan yang hanya makan dedaun, serangga dan manusia sekiranya diambil dalam jumlah yang sangat banyak. Racun tersebut tidak berbahaya bagi koala kerana sistem pencernaan mereka mampu untuk mendetoksifikasikan daun-daun tersebut.

Kebiruan di dalam Udara

Kabus unik berwarna biru di Blue Mountains, Australia dapat dilihat daripada jauh. Namun ianya bukan lagi satu misteri memandangkan banyak pokok-pokok Eucalyptus yang tumbuh di sana menyebarkan titisan minyak di udara yang bergabung dengan debu dan wap air. Gabungan ini kemudiannya menghasilkan sinaran cahaya dan membentuk kabus yang berwarna biru.

Minyak Eucalyptus yang kita kenali dan sukai ini datang dari kelenjar minyak pada daun yang menghasilkan wap biru. Minyak tersebut kemudian dikumpulkan untuk penyulingan wap. Wap tersebut keluar melalui daun-daun tersebut dan membawa sebatian aromatik ke dalam tiub. Sebatian tersebut menjadi air semula apabila sejuk. Dengan itu, minyak esensial yang tidak larut dalam air dapat diasingkan daripada air dengan sangat mudah.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda