Produk Tumpuan: doTERRA Hand and Body Lotion


Deskripsi Produk doTERRA SPA Hand and Body Lotion 
 
Losen yang ringan dan menenangkan ini mengandungi bahan-bahan semula jadi, doTERRA SPA Hand and Body Lotion adalah formula unik yang membenarkan pengguna mencipta pengalaman aromatik mereka sendiri menggunakan minyak esensial kegemaran mereka. Dengan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi, Hand and Body Lotion dapat melembap dan menghidrasi kulit, sementara penambahan minyak esensial pula membantu menghasilkan pengalaman aromatik tersendiri. Sepertimana produk yang lain dari koleksi doTERRA SPA, Hand and Body Lotion boleh membantu anda mencipta pengalaman mewah, memanjakan dan seperti berada dalam spa dengan bantuan minyak esensial doTERRA. 
 
Cara untuk Mendapatkan doTERRA Hand and Body Lotion 
 
Lawati halaman informasi produk doTERRA Hand and Body Lotion untuk mengetahui lebih lanjut cara pembelian. Hand and Body Lotion adalah sebahagian daripada produk doTERRA SPA, termasuklah doTERRA SPA Citrus Bliss Hand Lotion, doTERRA SPA Rose Hand Lotion, dan produk lain yang ideal untuk mewujudkan pengalaman spa di rumah. 
 
Kesemua produk  barisan produk doTERRA SPA  menggunakan bahan-bahan semula jadi yang selamat, dan minyak esensial CPTG® yang telah dituai dengan teliti dan diuji secara terperinci untuk menjamin kualitinya. 
 
Kegunaan dan Kelebihan doTERRA Hand and Body Lotion 

  1. Losen ini telah direka dengan teliti supaya mudah diserap ke dalam kulit – membuat kulit kelihatan dan terasa  lembut dan mulus. Dengan serapan pantas, kulit anda akan kelihatan sihat, terasa licin, dan tetap lembut tanpa kesan berminyak selepas digunakan. Direka khas sebagai formula yang tidak berminyak, Hand and Body Lotion adalah cara yang cepat untuk memberikan kulit anda kelembapan yang diperlukan. 
     
  2. Di samping formula yang tidak berminyak, doTERRA SPA Hand and Body Lotion juga mengandungi ramuan berkualiti tinggi yang direka untuk melembap dan menghidrasi kulit. Minyak semulaj adi seperti biji bunga matahari dan minyak biji macadamia menyumbang kepada kebolehan melembap formula Hand and Body Lotion. Dengan bahan yang berkualiti tinggi dan dipilih dengan teliti, Hand and Body Lotion dapat membantu kulit kekal lembap, menjadikan kulit terasa dan tampak luar biasa. 
     
  3. doTERRA SPA Hand and Body Lotion adalah produk yang unik kerana ia membolehkan pengguna menyesuaikan pemilihan minyak mengikut kesukaan masing-masing. Hand and Body Lotion mengandungi aromanya tersendiri, menjadikannya sesuai untuk digabung dengan minyak esensial bagi menghasilkan pengalaman aromatik yang berkuasa. Hand and Body Lotion bukan sahaja melembapkan kulit anda, malah ia akan menyebarkan aroma minyak esensial kegemaran anda, meninggalkan aroma yang kuat dan menyenangkan. 
Bahan-bahan 
  • Minyak biji bunga matahari 
  • Minyak biji Macadamia 
  • Minyak biji Jojoba  
  • Mentega biji Murumuru  
  • Mentega biji Theobroma  
  • Minyak kelapa  
Cara menggunakan doTERRA SPA Hand and Body Lotion 
 
Legakan kulit yang kering dengan menyapu secukupnya pada tangan dan badan. Campurkan losyen dengan minyak esensial doTERRA pilihan anda (pilih minyak yang diluluskan untuk kegunaan topikal), campurkan minyak esensial dan losyen di telapak tangan anda. Ini akan mewujudkan pengalaman aromatik yang tersendiri. 
 
Amaran 
Untuk kegunaan luar sahaja. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda