Produk Tumpuan: dōTERRA On Guard® Foaming Hand Wash


Deskripsi Produk doTERRA On Guard Foaming Hand Wash

Diformulakan dengan kelembutan dan pembersihan minyak esensial, doTERRA On Guard Foaming Hand Wash dicipta untuk membersihkan tangan dengan bantuan daripada campuran doTERRA On Guard Protective. Bukan sahaja formula ini menawarkan formula pembersihan, tetapi akan meninggalkan tangan anda bau yang segar dan lembut. Meskipun beberapa sabun akan mengeringkan dan menyebabkan iritasi pada kulit, CPTG (Certified Pure Therapeutic Grade®) milik minyak esensial dan bahan-bahan semulajadi yang lain akan membantu untuk mengekalkan kelembapan pada tangan. Apabila anda memerlukan sabun semulajadi yang bebas toksin untuk menjaga kebersihan dan kelembutan tangan-tangan keluarga anda, carilah doTERRA On Guard Foaming Hand Wash.

Dimanakah untuk membeli doTERRA On Guard Foaming Hand Wash

Layari laman maklumat produk doTERRA On Guard Foaming Hand Wash untuk membuat pembelian. Untuk memastikan yang anda sentiasa mendapat bekalan yang mencukupi, ada boleh membeli doTERRA On Guard Foaming Hand Wash 2 pack. doTERRA juga menyediakan doTERRA On Guard Foaming Hand Wash Dispensers yang menjadikan doTERRA On Guard Foaming Hand Wash lebih senang untuk digunakan.

 

 

Kegunaan dan Kelebihan doTERRA On Guard Foaming Hand Wash

  1. Sekiranya anda risau dengan penyediaan produk yang selamat dan semula jadi untuk keluarga anda di rumah, doTERRA On Guard Foaming Hand Wash ialah tambahan yang sempurna untuk tandas dan dapur anda. Tidak seperti sabun atau pencuci lain yang mempunyai toksin atau bahan-bahan berbahaya, doTERRA On Guard Foaming Hand Wash mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti CPTG® essential oils untuk memastikan keluarga anda sentiasa selamat dan bersih pada masa yang sama.
  2. Meskipun kebanyakan sabun cenderung untuk meninggalkan tangan anda kering, iritasi atau kasar, formula doTERRA On Guard Foaming Hand Wash dicipta untuk melembutkan tangan anda dan meninggalkan ia dengan haruman sitrus yang menyegarkan doTERRA On Guard Blend. Bukan sahaja minyak esensial menyihatkan dan membersihkan kulit, formula ini juga mempunyai keseimbangan pH untuk melindungi kelembapan kulit yang dapat menghalang kulit daripada kering selepas digunakan. Sama ada anda mempunyai kulit yang sensitif atau mahukan sabun yang tidak akan mengeringkan tangan anda, doTERRA On Guard Foaming Hand Wash adalah solusi yang terbaik.
  3. Bagi sesiapa yang mahu menikmati haruman campuran proprieteri doTERRA On Guard, doTERRA On Guard Foaming Hand Wash dapat menghasilkan haruman sitrus yang menyegarkan setiap kali anda menggunakannya. Campuran doTERRA On Guard Protective mengandungi minyak esensial seperti Wild Orange, Cinnamon, Eucalyptus dan Rosemary, yang mana menyumbang kepada haruman yang menyegarkan. Anda pasti akan menyukai bauan tangan anda dan aroma minyak esensial setiap kali anda menggunakan doTERRA On Guard Foaming Hand Wash.
  4. Salah satu kegunaan minyak esensial yang paling penting ialah untuk pembersihan. Sesetengah minyak esensial mengandungi komponen kimia yang menjadikannya sangat ideal untuk pembersihan. Ciri-ciri pembersihan minyak esensial di dalam doTERRA On Guard Foaming Hand Wash menjadikan ianya pencuci yang selamat, efektif untuk seisi keluarga. Buih yang terhasil dari produk ini akan menjadikannya lebih seronok dan mudah untuk kegunaan kanak-kanak dan membuatkan tangan mereka bersih dan segar.
  5. Sekiranya anda sudah menggunakan produk doTERRA On Guard untuk keluarga anda, doTERRA On Guard Foaming Hand Wash akan membantu mengukuhkan usaha-usaha anda untuk memberikan keluarga anda produk yang membersih dan melembutkan tangan. doTERRA On Guard Foaming Hand Wash menyediakan cara yang mudah untuk merasai kelebihan campuran proprieteri minyak esensial doTERRA On Guard.

Cara Menggunakan doTERRA On Guard Foaming Hand Wash

Penuhkan dispenser anda dengan doTERRA On Guard Foaming Hand Wash. Tekan dispenser sekali atau dua kali pada tangan anda. Ratakan sabun menggunakan air suam dan bilas dengan bersih.

Langkah berjaga-jaga

Untuk kegunaan luar sahaja. Elakkan bersentuhan dengan mata atau kulit rosak. Simpan di tempat sejuk dan kering. Elakkan terdedah sinaran matahari.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda