Produk Pilihan: Anti-Aging Eye Cream

Essential Skin Care


Penerangan produk Anti-Aging Eye Cream

Ramai orang bimbang tentang lingkaran gelap dan garisan halus pada sekitar mata mereka, dan berusaha untuk mengetahui cara bagi memperbaiki kulit pada kawasan tersebut memandangkan ianya sangat lembut. Sebagai sebahagian daripada sistem Essential Skin Care, Anti-Aging Eye Cream dicipta dengan teliti bersama-sama dengan beberapa bahan terbaik semulajadi untuk memperbaiki kulit di bawah bahagian mata. Produk yang diuji secara klinikal ini menggunakan bahan dan ekstrak semulajadi bersama-sama dengan minyak esensial untuk memulihkan kulit di sekitar mata, melembapkan kulit, membaiki tona kulit dan mengurangkan penampakan bengkak atau lingkaran gelap. Dengan menggunakan sapuan yang unik dan formula khusus, Anti-Aging Eye Cream semestinya akan menjadi pilihan utama dalam koleksi penjagaan kulit anda.

Di manakah untuk membeli Anti-Aging Eye Cream

Anti-Aging Eye Cream adalah sebahagian daripada barisan produk Essential Skin Care. Ia merupakan koleksi yang menggunakan minyak esensial CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® dan bahan-bahan semula jadi yang lain untuk menyediakan asas penjagaan pada kulit. 

 

Kegunaan dan Kelebihan Anti-Aging Eye Cream

  1. Dengan minyak esensial yang tulen, formula Anti-Aging Eye Cream menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan ekstrak bagi mengurangkan penampakan garisan-garisan halus dan kedutan. Bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja dapat membantu dalam pengurangan kedutan dan garisan halus, malah dapat melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan. Gabungan minyak esensial dan ekstrak tumbuhan dapat memberikan kulit awet muda yang sentiasa bersinar.
  2. Kulit di sekitar mata boleh menjadi kawasan yang sukar untuk dijaga memandangkan ianya agak nipis dan lembut berbanding bahagian kulit yang lain. Anti-Aging Eye Cream menggunakan aplikasi bebola keluli untuk menyejukkan dan melegakan kulit di bawah mata. Ia dapat membantu dalam mengurangkan penampakan bengkak dan lingkaran gelap sejurus selepas sapuan. Kini anda tidak perlu lagi bimbang tentang iritasi bawah mata anda memandangkan penggunaan Anti-Aging Eye Cream sangat lembut dan lancar.

Bahan-bahan Utama

Frankincense: Minyak Frankincense dapat mengurangkan penampakan kerosakan kulit apabila digunakan pada kawasan yang bermasalah secara topikal.

Ylang Ylang: Bukan sahaja minyak Ylang Ylang memberikan haruman yang menarik terhadap formula Anti-Aging Eye Cream, malah ia juga berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Meadowfoam seed oil: Bahan ini menyediakan lembapan dalaman bagi mengelakkan kulit daripada kering.

Biopolymers: Diperolehi daripada Pullulan dan Red Algae Extract, biopolimer memberikan kesan tegangan dan kenaikan kulit muka.

Bakuchiol: Bakuchiol memperbaiki penampakan garisan-garisan halus dan kedutan serta mengelakkan tanda-tanda penuaan pada masa hadapan.

Blue Tansy: Komponen kimia yang dikenali sebagai Sabinene menjadikan minyak Blue Tansy berguna untuk mengurangkan penampakan jerawat pada kulit.

Cara Penggunaan Anti-Aging Eye Cream

Untuk menggunakan Anti-Aging Eye Cream, picit pam botol sehingga krim keluar daripada rollerball. Sapukan pada bahagian bawah mata secara perlahan-lahan dengan menggunakan sedikit tekanan sehingga produk tersebut benar-benar menyerap ke dalam kulit.    

Langkah berjaga-jaga 

Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhi sentuhan terus pada mata. Jika berlaku iritasi kulit, hentikan penggunaan.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda