Tentang Minyak Marjoram


Dipercayai berasal daripada Mediterranean timur, marjoram telah digunakan di Greece sejak zaman dahulu lagi. Orang-orang Yunani dan Roman menganggap marjoram sebagai simbol kebahagiaan, yang mana mereka akan membuat bunga daripada marjoram untuk pasangan yang baru berkahwin bagi memastikan kebahagiaan dan kasih sayang yang berpanjangan. Kini, marjoram ditanam di dalam taman-taman di seluruh dunia untuk dijadikan sebagai herba dalam masakan. Sebagai tumbuhan turun temurun, marjoram boleh tumbuh bertahun-tahun di dalam iklim yang panas, namun tidak mampu untuk hidup dalam kedinginan iklim sejuk. Ianya digunakan sebagai tumbuhan tahunan serta dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk.

Saudara Terdekat

Marjoram kadangkala disalahertikan dengan Oregano. Kedua-dua tumbuhan tersebut datang daripada keluarga pudina dan dari kumpulan tumbuhan yang sama iaitu origanum. (Secara faktanya, nama lain bagi oregano ialah wild marjoram). Namun begitu, perbezaan marjoram dan oregano dapat dilihat dengan jelas apabila anda mencium bauan mereka. Buka botol-botol minyak esensial dan anda akan dapati bau Oregano adalah sangat tajam, kehijauan dan seperti camphoraceous manakala bau Marjoram lebih ringan, manis dengan kemasan pudina dan kayuan.

Haruman dan kebaikan Oregano serta minyak Marjoram dikaitkan dengan perbezaan komponen kimia utama mereka. Oregano mengandungi carvacrol dan thymol dan memiliki antioksidan yang sangat kuat. Marjoram diperbuat daripada terpinen-4-ol, sabinene hydrate, and y-terpinene. Memandangkan Marjoram mempunyai bau yang lebih lembut dan manis, ia lebih melegakan dan sangat berguna untuk menenangkan kanak-kanak kecil yang meragam dengan menyapu Marjoram pada kaki mereka. Marjoram juga boleh digunakan untuk merawat perasaan stress anda dengan meletakkannya pada belakang tengkuk anda. Sama ada diambil dalam bentuk cecair atau kapsul sayuran, ia dapat memberikan kesan positif kepada sistem saraf, sistem imunisasi dan sistem kardiovaskular.

Penambah Perisa yang Unik

Marjoram merupakan salah satu herba yang mana rasanya akan dipertingkatkan apabila dikeringkan. Marjoram juga boleh bercampur dengan herba-herba lain seperti thyme dan sage. Selain itu, minyak esensial Marjoram mempunyai rasa yang sangat kuat. Hanya satu titis (atau kurang) minyak Marjoram yang diperlukan untuk menambahkan perasa pada makanan.

Terdapat beberapa herba (seperti peppermint dan spearmint) digunakan dalam pembuatan pencuci mulut manakala Marjoram pula tidak sesuai untuk digunakan sebagai pencuci mulut. Secara tradisionalnya, Marjoram digunakan untuk perapan makanan hidangan daging, namun ia juga boleh digunakan untuk sayur-sayuran, sup, hiasan salad dan casseroles. Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menaikkan rasa hidangan telur dan keju, marjoram sangat berguna apabila ditambah sekali. Cuba gunakan marjoram dengan minyak Thyme atau sage kering di dalam rebusan dan telur dadar anda.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda