Menelusuri Sains di doTERRA


Menelusuri Sains di doTERRA

Sepanjang 10 tahun kemajuan doTERRA, kami telah membangunkan beberapa mercu tanda yang membawa impak kepada bidang kami dan menjadikan kami sebagai pemimpin dalam sains minyak esensial. Sama ada anda telah bersama kami selama bertahun-tahun atau baru sahaja sertai komuniti global kami, anda mungkin terkejut apabila mengetahui berapa banyak yang berlaku di belakang tabir dalam Sains doTERRA.

 

Pada 2009:

·         doTERRA menetapkan proses pengujian CPTG®, iaitu standard tertinggi dalam industri minyak esensial.

·         Nicole Stevens, MS, menjadi rakan penyelidik pertama doTERRA.

 

Pada 2010:

·         Kajian pertama kami diterbitkan dalam jurnal berwasit BMC Complementary and Alternative Medicine menunjukkan keberkesanan campuran doTERRA On Guard®  dalam menyokong sistem imun.

·         doTERRA bekerjasama dengan sebuah universiti penyelidikan utama untuk kajian rintis minyak esensial, di mana, buat pertama kalinya, minyak esensial disebarkan ke persekitaran hospital demi meningkatkan taraf kepuasan dan penjagaan pesakit.

 

Pada 2011:

·         Penubuhan Medical Advisory Board (Lembaga Penasihat Perubatan) dan Scientific Advisory Board (Lembaga Penasihat Saintifik). Mereka terdiri daripada pakar perubatan, saintis, dan pakar minyak esensial terkemuka.

 

Pada 2012:

·         doTERRA bekerjasama dengan komuniti persaraan penjagaan berterusan bernama Brandon Wilde yang terletak di Augusta, Georgia. Program sukarelawan pertama dan kajian rintis mengenai AromaTouch® Hand Technique dilaksanakan untuk menentukan faedah-faedah terhadap penduduk.

 

Pada 2013:

·         Para saintis doTERRA melaksanakan percubaan klinikal manusia di lokasi untuk mengkaji manfaat doTERRA Lifelong Vitality Pack®. Kajian berwasit ini diterbitkan pada tahun 2017.

 

Pada 2014:

·         Menerusi salah satu perkongsian penyelidikan doTERRA yang terkenal, kami menjadi organisasi yang pertama untuk mempelajari semua minyak esensial dan campuran kami terhadap pelbagai mikroorganisma.

·         doTERRA merupakan syarikat minyak esensial pertama yang bekerjasama dengan BioSeek dan mengkaji semua minyak doTERRA dan biomarker yang dikaitkan dalam genom manusia, yang mengandungi kira-kira 20,000 gen. Usaha luar biasa ini menghasilkan data yang luas dan beberapa penerbitan berwasit.

 

Pada 2015:

·         Setelah bekerjasama dengan doTERRA sebagai rakan penyelidikan selama beberapa tahun, Nicole Stevens, MS, berganding bahu dengan jabatan Penyelidikan dan Pembangunan kami sebagai Pengurus Saintis Minyak Esensial.

Pada 2017:

·         Kajian klinikal terhadap gel lembut doTERRA Serenity® Restful Complex dan impak positifnya pada tidur telah diterbitkan dalam jurnal berwasit Cogent Medicine.

·         doTERRA menghasilkan 17 kertas kajian berwasit mengenai minyak esensial.

·         doTERRA membantu memudahkan Simposium Minyak Esensial pertama untuk Profesional Perubatan di Salt Lake City, Utah.


Pada 2018:

·         doTERRA menjadi syarikat minyak esensial pertama yang berjaya menggunakan teknik penyatuan molekul dan penemuan berbantukan komputer dalam penyelidikan minyak esensial.

·         doTERRA menerbitkan penyelidikan klinikal mengenai kesan positif dari AromaTouch® Technique dalam Journal of Integrative Medicine and Therapy. Dengan penerbitan ini, doTERRA adalah syarikat minyak esensial pertama yang menghasilkan kajian berwasit mengenai kaedah aplikasi minyak esensial proprietari.

·         doTERRA ialah syarikat minyak esensial pertama yang berkolaborasi dengan sebuah universiti penyelidikan untuk menyelidik kesan-kesan minyak esensial terhadap laluan biokimia secara keseluruhan.

 

doTERRA komited terhadap kualiti dan inovasi. Dari awal lagi, kami telah menerapkan sains dalam jalan cerita kami dan usaha tersebut telah memastikan kami terus maju dalam industri minyak esensial. Kami menawarkan beberapa perkara baharu yang menarik: lebih banyak penerbitan, kerjasama penyelidikan baharu, projek-projek inovatif, dan banyak lagi. Ikuti perkembangan doTERRA Sains untuk penemuan minyak esensial terkini.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda