Produk Tumpuan: Minyak Esensial Siberian Fir


Berasal daripada Russia dan Kanada, pokok Siberia Fir ialah salah satu pokok konifer malar hijau yang tinggi. Pokok tersebut sudah pun digunakan dalam beberapa campuran doTERRA seperti Purify Cleansing Blend, yang mana ianya digunakan untuk membersihkan udara dan sebagai perlindungan ancaman persekitaran. Harumannya juga mengingatkan orang pada waktu musim Krismas. Sekiranya anda sudah biasa dengan campuran doTERRA Holiday Joy, anda juga berkemungkinan sudah terbiasa dengan Siberian Fir kerana ia adalah bahan utama campuran tersebut.

Untuk menghasilkan minyak esensial yang menyegarkan dan menenangkan, para penuai akan mengumpul jarum-jarum dan ranting-ranting kayu pokok tersebut. Kedua-dua komponen ini kemudiannya akan melalui proses penyulingan wap.

Kegunaan Utama kami

Haruman kayuan pokok Siberia Fir menjadikan ianya minyak yang sangat sesuai untuk digunakan. Berikut merupakan beberapa cara yang sering kami gunakan:

  1. Sekiranya anda memerlukan keseimbangan semasa bekerja, rehatkan diri anda dengan menggunakan Siberian Fir untuk mengurangkan kegelisahan serta tahap tekanan anda.
  2. Gunakan tiga hingga empat titisan untuk mendapatkan haruman pokok Krismas yang menarik serta menjadikan rumah anda lebih menarik semasa musim cuti Anda juga boleh meletakkan ia pada perhiasan doh garam untuk digantung pada pokok anda.
  3. Legakan kulit anda daripada kegatalan kecil dengan menyapukan Siberian Fir yang telah dicairkan bersama-sama dengan Fractionated Coconut Oil.
  4. Sama ada anda telah menghabiskan masa anda mengemas, berlari dalam marathon, atau berkejaran dengan anak-anak, anda boleh menyapukan Siberian Fir pada kulit anda untuk kelegaan selepas melakukan aktiviti yang memenatkan.
  5. Masukkan beberapa titis ke dalam mandian atau dua ke tiga titis ke dalam alat penyebar anda untuk keselesaan pernafasan.

Yang mana satu?

Adakah anda tahu perbezaan antara pokok pine dan pokok fir? Kedua-duanya merupakan pokok konifer malar hijau. Namun begitu, perhatikan jarum pokok-pokok tersebut. Jika anda mendapati batang pokok tersebut mempunyai dua, tiga atau lima kumpulan jarum, anda berkemungkinan sedang melihat pokok pine. Tetapi, sekiranya jarum-jarum pada pokok tersebut tidak berkumpulan, leper dan tidak mudah jatuh daripada jari anda, ianya ialah pokok fir. 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda