Produk Tumpuan: Minyak Esensial Copaiba


Selain daripada minyak resin yang ditawarkan oleh doTERRA, Copaiba diekstrak daripada pokok Copaiba di hutan hujan Amazon. Minyak esensial tersebut disuling menggunakan wap daripada copaiba oleoresin iaitu satu bahan yang terhasil daripada resin dan minyak esensial. Koleksi proses oleoresin adalah sangat unik di antara minyak-minyak esensial. Ia ditoreh dengan cara yang sama seperti cara pokok maple ditoreh untuk mendapatkan sirapnya. Oleoresin tersebut kemudiaannya, disuling menggunakan wap untuk menghasilkan minyak esensial.

Kegunaan Utama Kami

Minyak Copaiba merupakan minyak serba guna yang telah digunakan sejak zaman-berzaman. Berikut ialah beberapa cara untuk menggunakan minyak Copaiba:

  • Untuk kulit anda. Copaiba mempunyai keupayaan mengekalkan kulit yang bersih dan licin di samping mengurangkan penampakan jerawat. Untuk mengetahui kelebihan Copaiba, tambahkan Copaiba ke dalam penyegar anda dan sapukan pada wajah dalam urutan membulat ke atas. Selain itu, anda juga boleh menyapukan Copaiba secara terus pada kulit anda sebelum menggunakan pelembap.
  • Sebagai minyak wangi. Minyak-minyak yang dicampur bersama Copaiba termasuklah Roman Chamomile, Frankincense, atau Ylang Ylang. Dengan menggunakan mana-mana minyak yang anda sukai, anda boleh mencipta minyak wangi kepunyaan anda sendiri di dalam botol roller dan kemudian, penuhkan botol tersebut dengan Fractionated Coconut Oil.
  • Untuk menenangkan kegelisahan. Apabila anda menghadapi hari yang memenatkan atau berasa gelisah, haruman kayuan Copaiba boleh membantu dalam menenangkan apa-apa kegelisahan yang sedang anda alami.
  • Untuk kerehatan. Pasangkan Copaiba di dalam bilik anda dan fokus pada haruman tersebut untuk mendapatkan menghayati suasana meditasi dengan lebih mendalam. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Copaiba di dalam mandian anda dengan memasukkan dua ke tiga titik pada sabun sebelum dicampur dengan air.

Kimia di dalam Copaiba

Gabungan unsur-unsur kimia yang terdapat di dalam Copaiba yang menjadikannya sangat unik. Komponen utama kimia dalam Copaiba ialah beta-caryophyllene, sejenis kimia yang sama dengan cannabinoids yang terdapat dalam cannabis. Cannabioids mampu melindungi sel saraf dan mempunyai kelebihan terhadap sistem kardiovaskular dan sistem imunisasi. Meskipun caryophyllene bertanggung jawabuntuk ciri-ciri bioaktif Copaiba, kebanyakan ciri-ciri yang tedapat di dalam minyak tersebut adalah kerana diterpenes yang dijumpai di dalam Copaiba.

Deskripsi Tumbuhan

Pokok Copaifera officinalis ialah pokok malar hikau yang berasal daripada Amerika Tengah dan Amerika Selatan, di mana ia tumbuh dengan baik di habitat hujan hujan tropika (walaupun pokok tersebut boleh tumbuh dalam hutan yang kering dan basah). Pokok tersebut sangat tinggi dan mampu membesar sehingga lebih daripada 100 kaki.

Sumber

Hutan Malar Amazon merangkumi lebih daripada setengah hutan hujan yang terdapat di planet ini. DoTERRA sangat berbangga dapat bekerjasama dengan kebanyakan penuai copaiba yang rajin mengutip oleoresin mereka dan sentiasa memastikan yang pokok tersebut akan tumbuh untuk tahun-tahun akan datang. 

Video disabled by your privacy settings


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda