Produk Tumpuan: dōTERRA Neroli Touch


Meskipun bunyinya agak pelik, Neroli sebenarnya berasal daripada sumber yang sering didengari iaitu pokok bitter orange. Pokok ini juga adalah sumber bagi minyak Petitgrain, daripada daun dan rantingnya, dan minyak bitter orange daripada kulit buah itu, yang mana berbeza daripada Wild Orange. Neroli ialah minyak baharu dalam doTERRA Touch® line dan datang dalam pakej botol roller 10mL untuk memudahkan penggunaan.

Kegunaan Biasa

Memandangkan doTERRA Neroli Touch dicairkan bersama-sama dengan Fractionated Coconut Oil, ianya sangat penting untuk digunakan secara topikal atau aromatik. Berikut ialah beberapa cara untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian anda: 

  1. Sebelum menghadiri majlis besar, pastikan kulit anda sentiasa kelihatan cantik dengan menyapu Neroli secara terus pada kulit sebelum menggunakan pelembab untuk mengurangkan penampakan tompokan kulit. Anda juga boleh menyapu Neroli sepanjang hari apabila diperlukan.
     
  2. Sapukan pada titik-titik nadi anda seperti pergelangan tangan, tengkuk atau bahagian tepi dahi untuk menaikkan mood dan menikmati kemanisan haruman sitrus.
     
  3. Apabila anda berasa gelisah atau lesu, sapukan Neroli pada tapak tangan anda dan tekup tangan anda pada hidung. Hidu bauan tersebut sedalam yang mungkin beberapa kali untuk merasa lebih tenang dan aman.
     
  4. Sapukan sedikit Neroli pada kulit anda dan urut untuk alami pengalaman urutan aromatik tersendiri.

Tahukah anda?

  • Seperti kebanyakan minyak bunga, masa sangat penting apabila bekerja dengan bunga yang sedang berbunga. Orange blossom akan kehilangan minyak dengan cepat selepas dipetik dan perlu disuling secepat yang mungkin untuk menghasilkan kualiti dan kuantiti yang terbaik.
     
  • Neroli bukanlah minyak yang fotosensitif dan boleh digunakan secara topikal ketika berada di luar.

 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda