Tentang Arbovitae


Di antara minyak-minyak doTERRA, Arbovitae berpotensi menjadi salah satu minyak terunik. Kerana terdapat perjanjian ekslusif dengan rakan niaga kami di British Columbia, tiada syarikat minyak esensial yang lain dapat menawarkan minyak yang hebat ini. Jadi, mengapa doTERRA mengambil keputusan untuk menawarkan minyak yang kurang dikenali ini? Jawapannya adalah kerana kandungan kimianya yang unik dan ciri-ciri pengawet yang dimiliki oleh pokok ini.

Sejarah Arbovitae

Pokok Arbovitae sebenarnya ialah konifer yang tumbuh di Amerika Utara sejak beribu tahun dahulu yang mana lebih terkenal dengan nama western red cedar, meskipun ia sebenarnya berasal dari keluarga cypress. Suku First Nation menggunakan pokok tersebut untuk pelbagai tujuan daripada perlindungan untuk rumah panjang sehinggalah ke tiang totem dan aromaterapi.

Kini, pokok Arbovitae sangat berguna untuk pelbagai kegunaan. Daripada kertas dan kayu, sehinggalah ke minyak esensial, tiada bahagian pokok tersebut yang tidak boleh digunakan. Rakan kongsi doTERRA kami tidak akan memotong mana-mana pokok untuk menghasilkan minyak Arbovitae, sebaliknya mereka menggunakan habuk papan daripada kayu yang telah dipotong. Habuk papan tersebut kemudiannya akan disuling menggunakan wap untuk memerangkap minyak yang mengandungi haruman kekayuaan Arbovitae yang unik.

Secara Sains

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh doTERRA, minyak esensial Arbovitae sangat membantu untuk menyokong kesihatan kulit dan tambahan yang sangat bagus kepada losen muka anda pada setiap pagi.

Apabila digunakan secara topikal, komponen kimia Terpinen-4-ol membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan licin.

Penggunaan Arbovitae di Rumah

Meskipun penyelidikan tambahan terhadap minyak Arbovitae yang boleh dilakukan, terdapat beberapa cara minyak ini boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sekali pandang sahaja sudah boleh melihat kebaikan Arbovitae sebagai produk tambahan di rumah anda.

  1. Anda boleh melindungi diri anda, kediaman anda dan taman anda dengan pengusir serangga minyak Arbovitae yang berasal dari kemampuan pokok tersebut dapat melindungi dirinya daripada serangga. Apa yang menarik ialah sama ada anda sebarkan atau letakkan beberapa titis pada kulit anda, ia dapat melindungi anda daripada haiwan tersebut. Anda juga boleh tambahkan minyak tersebut pada tanah atau sungkupan tanaman anda ketika anda bercucuk tanam.
  2. Kebaikan lain bagi minyak kayu ini ialah ia mempunyai keupayaan untuk mengawet dan membersihkan apa-apa jenis permukaan pun. Sekiranya anda ingin menggunakan perabot kayu anda dalam jangka masa yang lama, ikuti cara mudah menggilap kayu menggunakan minyak esensial Arbovitae pada blog kami.
  3. Anda boleh menghilangkan bau udara yang tidak diingini dengan menyebarkan beberapa titis apabila diperlukan.
  4. Jika anda fikirkan tentang kekuatan pokok dan betapa dalam akar tersebut boleh pergi, ia tidak dihairankan lagi yang minyak Arboviate mempunyai ciri-ciri pembumian. Apabila anda memerlukan rehat daripada stres atau jadual sibuk anda, sebarkan Arbovitae untuk menghidupkan suasana tenang dan damai. Tips bonus? Arbovitae boleh membantu meningkatkan latihan yoga anda ke tahap yang lebih bagus dengan memberikan kerehatan kepada anda. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda