3 Rahsia Kami: Spearmint, Tangerine dan Lime


3 Rahsia Kami: Spearmint, Tangerine dan Lime

Minyak jenis pudina dan sitrus adalah pasangan yang sesuai untuk musim panas, biarpun minyak esensial Peppermint, Wild Orange dan Lemon merupakan pilihan kegemaran ramai, terdapat juga banyak pilihan lain untuk anda mencuba. Sekiranya anda belum mencuba Spearmint, Tangerine dan Lime, anda tidak seharusnya terlepas peluang ini — dari segi kebaikan dan aromanya yang menawan.  

 

Pudina yang lebih lembut

Spearmint adalah pilihan yang lebih sederhana berbanding dengan Peppermint kerana ia mengandungi kandungan mentol yang kurang. Komponen kimia utama Spearmint adalah carvone. Carvone mengandungi sifat bertenaga yang sangat menyumbang kepada keupayaan Spearmint untuk menceriakan anda.    

Sekiranya anda mendapati minyak Peppermint terlalu kuat, Spearmint adalah minyak pengganti yang baik. Sama seperti Peppermint, minyak Spearmint membantu mewujudkan rasa fokus apabila dipakai atau disedut. Anda juga boleh menggunakannya sebagai pembilas mulut untuk penjagaan kebersihan mulut.

 

Dunia Minyak Citrus yang Lebih Luas

Buah Tangerine dan Lime agak berkait rapat, kedua-duanya milik keluarga Rutacae dan genus Citrus. Jika anda suka Wild Orange, Tangerine mempunyai aroma oren yang sama, tetapi ia lebih ringan dan manis dan mempunyai sifat yang menenangkan dan santai. Lime adalah pilihan yang masam dan segar, semestinya akan mencerahkan mana-mana hari, tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan lain seperti Lemon.  

Tangerine memberikan tenaga apabila disedut kerana ia boleh membantu meluaskan pandangan anda. Ia juga boleh ditambah ke dalam pembersih buatan sendiri yang selamat untuk seisi keluarga.

 

 

**Minyak sitrus boleh menyebabkan fotosensitiviti, jadi kami tidak mengesyorkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari secara langsung selepas penggunaan topikal minyak esensial tersebut. Walau bagaimanapun, syampu dan pembersih adalah produk kebersihan, maka tidak terdapat kebimbangan mengenai fototoksiksiti. Minyak esensial sebenarnya sangat kuat dan itulah sebabnya minyak sitrus membawa amaran fotosensitiviti.

*Kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan, atau mencegah sebarang penyakit.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda