Minyak Esensial Terbaik Untuk Fokus


Minyak Esensial Terbaik untuk Fokus

 

Penggalak Otak

Sama ada anda seorang pelajar, ahli profesional sedang bekerja, suka bekerja, atau kesemuanya di atas, adalah agak sukar untuk terus bertugas di dunia yang penuh dengan gangguan. Kita sentiasa terganggu oleh notifikasi di telefon kita dan akses kepada pilihan hiburan yang tidak berkesudahan. Sekiranya anda mengekalkan tumpuan untuk jangka masa yang panjang, anda tidak bersendirian. Banyak orang berharap mereka mempunyai rasa fokus yang lebih baik ketika menyelesaikan tugas, belajar dan mempelajari kemahiran baru.

Terdapat banyak petua untuk membantu anda mengekalkan fokus yang lebih baik sepanjang hari. Petua-petua peningkatan prestasi otak ini akan memudahkan anda memberi tumpuan kepada tugas yang sedia ada serta banyak lagi!

 

Kekal terhidrat. Ianya lebih mudah untuk memberi tumpuan apabila badan anda berada dalam keadaan yang optimum. Pastikan badan anda dalam keadaan yang terbaik dengan memastikan anda kekal terhidrat.

 

Pergi berjalan-jalan. Sekiranya anda memerlukan penggalak otak yang baik, anda hanya perlu berdiri dan bergerak. Adakah anda tahu bahawa senaman dapat membantu meningkatkan pengaliran darah di otak kita? Jika anda menghadapi masalah menumpukan perhatian di tempat kerja atau semasa sesi belajar, cuba pergi berjalan-jalan sebentar. Cuba naik dan turun tangga beberapa kali, berjalan menyusuri bilik dewan, atau cuma berjalan sepusingan di sekeliling bangunan anda. Sebaik sahaja anda mendorong darah anda mengalir, ia akan menjadi lebih mudah untuk memberi tumpuan kepada tugas di depan anda.

 

Meditasi. Cuba bermeditasi selama 5 -15 minit untuk membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fokus. Tidak pernah bermeditasi sebelum ini? Terdapat banyak aplikasi meditasi dan video YouTube percuma yang dapat membantu anda bermula. Dengan berehat sebentar dari projek atau tugas, anda boleh memberi sedikit rangsangan kepada otak anda dengan satu sesi meditasi yang cepat.

 

Tukar pandangan anda. Apabila anda berasa reaksi minda jadi perlahan dan memerlukan butang “reset”, cuba lakukan suatu pergerakan. Baring di lantai dan sandarkan kaki anda ke dinding. Postur tersongsang sering dilakukan dalam sesi yoga untuk membantu meningkatkan aktiviti otak dan mengurangkan tahap stres. Jika anda perlu memberi tenaga kepada otak anda, jangan hanya minum kopi atau minuman soda—anda hanya perlu ubah pandangan anda.

 

Gunakan minyak esensial. Adakah anda tahu bahawa aroma minyak esensial tertentu amat berguna untuk menjanakan perasaan fokus? Minyak esensial seperti minyak Basil, minyak Douglas Fir, minyak Eucalyptus dan minyak Spearmint mengandungi komponen kimia yang menggalakkan perasaan tenang, pembumian, menaikkan semangat, atau membekal tenaga — kesemuanya menyumbang kepada rasa fokus yang lebih tinggi.

 

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh mengambil kesempatan daripada faedah minyak esensial untuk meningkatkan tumpuan:

  1. Sebarkan minyak esensial Basil untuk menggalakkan rasa fokus semasa belajar, membaca, atau menyelesaikan tugas lain yang memerlukan kejelasan mental.  
  2. Gunakan minyak esensial Douglas Fir untuk mewujudkan suasana positif dan rasa fokus apabila tarikh akhir projek menjelang. 
  3. Ingin mencari satu campuran minyak esensial yang baik untuk membantu anda kekal fokus? Gabungkan dua titis minyak Spearmint, dua titis minyak Peppermint, dan satu titis minyak Basil ke dalam penyebar untuk mewujudkan persekitaran di mana anda boleh terus menjalankan tugas dengan lebih baik.
  4. Rasa terlalu panik atau letih untuk menumpukan perhatian? Titiskan setitik minyak Eucalyptus ke tapak tangan anda, gosok tangan anda bersama-sama, tekupkan ke hidung, dan tarik nafas sedalamnya untuk menggalakkan perasaan santai.  

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda