7 Langkah ke Kulit yang Indah


7 Langkah ke Kulit yang Indah

Kulit anda memainkan peranan utama dalam tanggapan pertama orang lain terhadap anda. Ini jugalah perkara pertama yang anda melihat pada diri anda sebaik sahaja bangun dan merenung pada cermin saban pagi. Jika keadaan kulit anda kurang memuaskan, anda akan sedar kesannya ke atas kesejahteraan emosi dan mental. Kulit yang cerah dan indah dapat memberikan anda kepercayaan diri yang lebih tinggi, harga diri yang positif dan kebahagiaan keseluruhan. Ikutilah tujuh langkah untuk mencapai kulit yang berseri agar ramai yang menoleh kepada anda. 

 

Dapatkan tidur berkualiti: Jangan fokus pada masa tidur semata-mata, tetapi juga menumpu kepada kualiti tidur. Gunakan Vetiver, Lavender, Bergamot dan Roman Chamomile untuk membantu anda berehat dengan baik semasa tidur.

Mengelupas: Lakukan sentalan dua kali seminggu untuk membantu mengekalkan tekstur kulit yang licin dan seri kemudaan. Pastikanlah ia diikuti dengan pelembab yang elok, misalnya doTERRA Hydrating Cream, Verage® Moisturizer, Anti-Aging Moisturizer, atau HD Clear® Facial Lotion.

Melegakan tekanan: Tekanan dapat mengakibatkan dehidrasi, meningkatkan gejala yang tidak diingini pada muka serta kedutan. Ia mengambil masa untuk mengembalikan kulit yang cerah dan sihat. Tahap tekanan dapat dilegakan melalui meditasi, bernafas dalam-dalam, bersenam, mendapatkan urutan dan bersantai. Minyak esensial bagi Petitgrain, Lavender, Clary Sage, Basil, Coriander dan Citrus Bliss® dapat membantu menangani tekanan.

Menggunakan produk penjagaan kulit yang bermutu: doTERRA menawarkan pelbagai produk penjagaan kulit yang lembut dan semula jadi untuk membantu mencantikkan dan melicinkan kulit anda. Cubalah beberapa barisan penjagaan kulit berikut: Verage Skin Care atau Essential Skin Care.

Pemakanan sihat: Pemakanan bukan sahaja memberikan kesan ke atas kesihatan dalaman anda, tetapi juga kesihatan kulit anda. Pemakanan dengan kandungan gula yang tinggi menjadikan kulit kelihatan lebih tua. Sebaliknya, pemakanan yang terdiri terutamanya daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan khasiat yang diperlukan untuk memberi perlindungan kepada kulit.  


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda